Saturday, May 9, 2015

8TH STAGE PRODUCTION TERBAIK!

안녕하세요

Dah janji kan nak cerita pasal 8th stage? Maaf…tak sempat mengepost laa. Taip dah. Hahaha.

8th Stage Production adalah sebuah produksi teater dari Kolej Kediaman Kinabalu UM yang telah wujud entah berapa lama tah. Maaf, aku tak tahu. Hehehe. 8th Stage ni berfungsi besar masa musim Karviter. Karviter tu Karnival Teater UM. Maka, untuk Karviter 2015, 8th Stage mempersembahkan sebuah karya olahan semula oleh Nizam Yamin, Dewan Persidangan!

Oke. Aku join 8th Stage pun pasal nasib. Hmmm, nasib laa. Sebab masa tu ternampak tayangan Nyorok taim Minggu Pendaftaran Kokurikulum dan Sukan Kinabalu. Bila dah nampak, daftar laa sebagai ahli, pastu bermula lah ceritanya.

Aku ni pesen sem 1 homesick melampau lampau, maka memang tak lah aku nak join banyak aktiviti. Lagi lagi aktiviti yang menghalang aku balik rumah. Hahaha. Selepas beberapa perjumpaan, MT 8th Stage asyik sebut akan ada Kem Teater selama sebulan. Dan aku macam, “ Huh? What the….?!” Kekeke. Maaf PM! Dah pikir nak tarik diri dah, tapi mengenangkan nak duduk kolej tu. Hmmm, ku relakan jiwa laa walaupun tak rela.

Script reading 8th Stage adalah pada sebulan sebelum cuti panjang sem 1. Oke, aku tak ingat tarikhnya. Sebenarnya script reading tu laa audition kami. Well, En Nizam Yamin punya stail kan? Hahaha. Aku kan, kalau dah seronok membaca dan dah into story sangat kononnya, mulalah keluar gaya gaya sebenar. Aku dipilih untuk pegang watak utama. Seronok ahh, sebab utama kot! Hahaha. Aku tertekan sebenarnya…aku kompem kena hafal skrip paling banyak, paling banyak jual muka atas pentas nanti. Tertekan sebab homesick. Kau rasa nak tampo ke tak? 

Abang Nizam ni pengarah kami, seseorang yang sangat yakin akan pilihannya dan selalu mengatakan aku yang paling layak pegang watak tu. Dan aku sekali lagi, “ Huh? What the…?!” Orang lain percayakan aku tapi aku, hmmmm… nak balik rumah! Hahaha.

Dalam keterpaksaan, aku gigih lah sampai kolej pada 30 Januari. Orang lain tengah dok cuti sakan…aku mereput kat kolej. Bermulalah sesi pengenalan kami dan aktiviti-aktiviti bonding kami. Oh ye, sebulan pengarah bagi cuti tak bermakna aku akan hafal skrip. Ngehngeh. Maka, aku balik kolej dengan keadaan blur tak hafal skrip langsung! Berbalik kepada aktiviti-aktiviti bonding kami, memang buat sakit perut laa. Sebab gelak banyak sangat! 

Game "Saya Suka Awak" memang gila, lawak habis, sengal! Game "Mafia" baik yang versi kad atau versi "silent killer" memang menguji gaya lakonan. Game "Truth or Dare" memang membuatkan kau terpaksa pikir 600juta kali untuk pilih dan hadap. Game "Fokus Bola" gaya Khai memang cuak. "Captain Ball" memang febret aku sampai dorang semua takut kalau aku main. sebab aku pesen main ganas. "Dodge Ball" memenatkan, main baling selipar, "Tom and Jerry"..ahh! Rindu aku dengan momen-momen ni semua. Pastu, latih vocal secara fizikal...hmmmm. Melompat, menjerit, berlari sambil hafal skrip, kau rasa? Pfftttt....

Sebulan lebih waktu cuti tu, kami berlatih siang malam. Pagi tengahari petang malam. Oke, pagi tu macam menipu sebab pukul 10 baru aku turun, pastu pukul 1 rehat. Tapi aku masih aku. Masih membodoh dalam watak aku. Macam macam dah aku buat…tengok teater lain, cuba imitate perwatakan Tan Sri Rafidah Aziz yang lantang, Datuk Seri Shahrizat yang tegas malah meniru gaya Rowan Atkinson yang bodoh bodoh alang. Tapi, watak tu masih jadi Kina si kosong. Hmmmm, stress tau!

Watak aku sebagai Tuan Yang Tertinggi dari Amerika yang bijak putar belit fakta tapi catchy. Nama yang aku pilih adalah Lisa Danielle. Hmmm, sampai sekarang masih ada yang panggil aku Lisa walaupun aku tak cukup strong untuk watak tu.

Sehinggakan, waktu malam pertandingan tu aku macam, “ aku nak buat apa atas ni?” Abang Nizam memang gigih laa bagi aku semangat. PM SM dan krew krew semua memang gigih bagi sokongan kat aku. Teman teman lakonan memang terbaik menaikkan aku dalam celah celah mereka. Sampai si Hakim cakap kat aku, " Just enjoy the show!". Ahh, manusia tu banyak pengalamannya sama macam Abang Nizam.

Korang, aku merindui saat saat kita dalam 8th Stage. Mencekik Makan sama sama, tengok Running Man sama sama, tengok anime sama sama, men-supper sama sama, menonton teater kolej lain secara percuma sama sama. Sesungguhnya, aku rindu semua tu. Aku sayang korang...muahhh!

Oke.
Babai.

No comments:

Post a Comment