Thursday, July 18, 2019

Entri Untuk Diri

안녕하세요!

Hi everybody! Lama gila tak menulis kannnn? {acah-acah ada pengikut setia yang rajin membaca blog ni. Kah! Siap tajuk pun acah namati.

Dah nak dekat raya haji. Maknanya dah nak 3 bulan guwa masuk kerja baru. So, dah nampak kan hala tuju entri nak pergi ke mana? Hahaha. Ya, aku nak gebang perasaan aku di tempat baru. Tak berapa menarik, dan memang tak menarik. A cliche story but...

Totally a fresh experience for myself. 

Susah. Susah aku nak describe apa aku rasa. 

It was a hectic first month - to catch up with the company pace, to blend in with the feeling, to win the inner battle. Sumpah! Hahaha. Masuk bulan kedua aku mula belajar suaikan masa aku, aku cuba nak minimumkan kesilapan - walaupun nampaknya, harini ada 3 kesilapan besar aku dah lakukan. hmmm. Tapi sekurangnya aku nampak, aku sebenarnya boleh je buat even sangat lambat nak improve. 

Penambahbaikan; sedikit itu memadai dari tiada. Uli sajangnim selalu cakap macam tu. Dan, aku sangatlah annoyed dan heart broken bila aku tak dapat penuhi ekspektasi beliau. Aku pulak dah adore, amaze dan impress gila kat uli sajangnim and his chingu deul. Kalau nak dibandingkan dengan aku yang sangat lah nubis ini, aku memand ada perasaan yang macam perbezaan langit dan bumi. Jauh gila weyy levelnya! So dia tambah beban pada perasaan aku.

Tapi, sajangnim selalu bilang; "Jangan takut, CP, yakin pada diri. Yakin pada proses." But, i was like... what process I should believe in? What if I failed? What if I look fool? And the list goes on.

Sebulan pertama, takde benda positif dalam kepala otak aku selain dari bebelan aku kepada diri sendiri, makian aku kepada diri sendiri. Aku tak enjoy proses aku. 

Kemudian, bos bilang lagi; Kebodohan adalah kekuatan yang kita ada. Aku sudah terbiasa dengan sistem kerja yang ikut arahan orang, run apa yang dah ada. Jadinya, aku betul-betul 'bodoh' bila lompat masuk dalam suasana kerja yang imej-syarikat-kau-bergantung-pada-apa-yang-kau-buat-untuk-syarikat sebab ianya berbeza dari kebiasaan aku. Tapi, disebabkan aku 'bodoh' tang tulah, aku berusaha nak belajar. Itulah yang jadi kekuatan kita - usaha.

Masuk bulan kedua, it start to be an enjoyable process for myself. I learn to laugh harder, think wiser and have results for my action. Lambat. Memang lambat. Selama ni, aku sangat yakin yang aku fast adapter, rupanya tidak. Itu hanya ilusi aku. I'm a fast adapter in following others, not in creating mine. Betapa Tasha dan Baini sangat-sangatlah faham dengan perangai gedik aku nak mintak penampo bila aku cerita pasal kerja aku, sebulan lepas dan sebulan kini. Serta bakalan jadi seumur hidup nanti.

Di tempat baru ini, aku belajar untuk suka dengan apa yang aku buat. Aku paksa diri untuk hadap apa yang aku dah pilih. This is my path by the way. So I should start to believe in myself in order to believe in my process, kan?

Di syarikat ternama, semuanya dah ada. Tinggal ikut sahaja. Bila kau cuba buat perubahan, kau dilabel rebel. Sedangkan di syarikat yang sedang berkembang, kau perlu create the system untuk kau bawa perubahan. Sungguh, ia bukan proses mudah bagi aku. I'm not born to be that kind of creative person. But yeah, uli sajangnim and uli tim had did their best to wake me up. 

So here I am. Still in beginning to improve and improvise everything. Andai nanti lah aku tewas dalam perjalanan ini atau aku memilih untuk belok di simpang lain, aku tahu yang aku tak rugi teruk berbanding kerugian yang uli sajangnim alami untuk hire the nubis me ni. Keh! Terima kasih kat uli sajangnim sebab terima aku, kat uli tim yang banyak bantu aku. Countless.

Masih jauh perjalanan yang aku pilih. Mungkin kadangnya aku akan selalu cari tempat rehat, cuma aku harap yang enjin aku masih berfungsi untuk meneruskan perjalanan.

Begitu juga korang. Jangan berhenti percaya pada diri. Kita tetap kena tempuh pelbagai cabang di setiap cabang jalan hidup yang kita telah pilih, Kita tidak putus memilih selagi kita masih hidup. Kita hidup atas aturan Allah, dan aturanNya paling baik berbanding yang lainnya. Penting untuk kita percaya, aturanNya itu relevan untuk diri kita. Ya, memenatkan. Sangat memenatkan untuk adapt dengan proses tu. Tapi rileks lah, kita ada Allah. Allah tak pernah hampakan hambaNya. 


Keep strong!

Have a faith.

Everything gonna be fine.
By time - little by little.

Don't worry much.


Dah.
Babai.
Aku nak qada' tidur aku yang dah terganggu teruk sebab dah lama aku tak sempat take a nap.

6 comments:

  1. hye kak kina!!!! its me, dija! dun know if u remember me, but all the best with ur life and thank u for ur sweet blog.

    nk tanya sikit, apa nama sijil IR atas skrol (official one)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah Dija, mestilah akak ingat Dija. Thanks for your wishes. :) Congrats for your upcoming graduation ceremony.. yeayyy!

      The official one is Bachelor of Arts (International and Strategic Studies).

      Wishing you all the best too girl. Keep moving yah! *hugs*

      Delete
  2. Salam. Saya terjumpa blog awk ni masa tgh cari apa tu pengajian antarabangsa and what does it includes. Boleh tak awk bg nasihat as in apa yg patut saya consider sebelum terima tawaran course ni and apa yg course ni boleh offer lepas habis kerja nnt. Btw saya lepasan diploma business management dari kolej vokasional. Saya harap awk dpt reply. Thank you so much!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. saya mintak maaf ya orang di sana sebab saya lambat reply.

      Nasihat ni saya bagi kat adik-adik saya, so saya tak tahulah dia valid tak untuk orang lain.

      1) belajar bukan untuk dapat kerja sahaja. Sijil yg kita dapat tak menjamin apa-apa. Kita sambung belajar untuk ilmu.

      2) tanya diri kenapa nak sambung belajar ni, mampu ke nak hadap tekanan masa, wang dan tenaga?

      3) tipu kalau saya tak pernah terfikir yg sijil saya dapat ni apa nilainya dengan masa yang saya habiskan sebelum grad. Selepas setahun grad, i dont even mind dah dengan sijil yg saya ada, sampai kadangnya saya lupa nama sijil saya. Sebab saya reset balik fikiran saya yg saya belajar bukan untuk dapat kerja semata.

      4) IR akan berikan anda satu peluang yg tak semua kos mampu berikan. Anda secara tidak sedar akan pandai menilai sendiri apa yg berlaku di sekeliling anda :)

      InsyaAllah, as long as awak punya semangat dan kemahuan, tak jadi masalah apa pun kalau masuk IR. Just enjoy your journey :)

      Delete
  3. assalamualaikum kina, saya pelajar yang ambil jurusan hubungan antarabangsa.. macam mana nak contact awak? saya banyak benda nak tanya, sekarang saya pelajar tahun akhir.. uhuk2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam nurin. Wah, macam soalan serius je niii hahaha. Awak boleh reach saya by fb (facebook.com/kc.lyanasm).

      Maaf sangat lambat reply.

      Delete