Tuesday, September 1, 2015

MENCARI MAKAN DI ANAMDONG

안녕하세요!!

Harini dah start kelas patutnya. Tapi, kami ada what-so-called hari orientasi, jadi hari ini kami buat alasan sendiri untuk tidak pergi kelas dalam minggu and drop. Kehkeh. Alang alang dah cuti kan, kami nak pi cari makan sedap sikit laa. Bagusnya, KMU ni dorang siap bagi senarai tempat makan menarik berhampiran (laa sangat). Berdasarkan pamplet yang dibagi tu, kami pilih tempat paling dekat iaitu Anam-dong.

Dalam gambo punyalaa nampak dekat, tapi sebenarnya jauh. 15 minit naik bas, 10 minit naik teksi. So, aku membayangkan gambo restoran yang jauh tu mesti tersangat jauh. Tapi rasa berbaloi pi restoran tu sebab kami nampak tanda "halal food". 

Memang terubat rindu laa kalau nak makan ayam, daging lembu dan kambing halal kat Korea. Takdelaa muka tak seceria dah serupa kimchi je.. Hahaha. Nama restoran ni OTSAL, speciality in Indian Cuisine. Haih, memang balun makanan India je laa aku kat Korea ni. Tapi, bagus jugak sekurang-kurangnya aku menghargai meggi Malaysia yang aku bawak ni. Hahaha.


Siap ada tampal salinan sijil halal.
Suasana dalam kedai dia memang cantik, terbaik. Kedai bersaiz sederhana, memang sesak bila taim makan tengahari sebab kedai ni berhampiran dengan Korea University. Ramai students aku nampak dalam ni, tak kurang jugak golongan pekerja. Harga dia superb berbaloi dengan bajet ala ala students. Aku tak sempat amek gambo dalaman kedai sebab dah lapo sampai kurang mood, tambah tambah bila sesat. Eiii, alhamdulillah partner partner in crime aku semua boleh tahan dengan aku, sama sama gigih cari restoran tu. Seperti yang aku katalah, berbaloi mencari sebab jumpa tanda halal. Tapi, jangan terkejut laa, halal halal dia pun masih serve arak. :)
This gajah will welcomes you.
Selamat datang ke Otsal.
Antara menu yang ada.


Masuk dalam kedai, kami menunggu 10 minit sebab kedai memang penuh. Full house. Sambil sambil tu kami tengok tengok menu. Kami pelajar kan, jadi kami pilih makanan ikut bajet kami. Tapi jangan risau, harga dia memang best laa. Masih murah (kalau ringgit tak jatuh).


Jadi kami pilih, 4 plain rice (briyani) berharga 1 500 won setiap satu. Kari ayam apa-tah-tak-ingat berharga 9 000 won dengan tambahan satu cheese naan berharga 3 000 won. Kira seorang 4 500 won. Masih mampu milik lagi. Hehehe.

Tak sampai 20 minit, licin semuanya. Sebab lapo kan...sampai tak sempat nak amek gambo makanan kami. Jadi, kalau nak pi makan makanan halal kat Anamdong, boleh laa pergi Otsal. Recommended!

Dari Gireum Station (Line 4 - blue), ambil subway ke Dongdaemun Station. Dari Dongdaemun pulak, transfer ke Line 1 (purple) ke Dongmyo Station. Di Dongmyo, transfer sekali lagi ke Line 6 (brownish) terus ke Anam Station. Dari Anam Station, melintas ke seberang jalan, ambil simpang pertama. Jalan ke dalam sikit, Otsal Restaurant di sebelah kanan. Di tingkat 3 bangunan.


Dah.
Aku nak ke kelas esok.

Babai.
Selamat Hari Merdeka yang ke-58, Malaysia.

No comments:

Post a Comment