Sunday, August 30, 2015

TERJAHAN AWAL

안녕하세요!!
 
Hai gang! Dah sampai awal ke KMU, tak kan laa nak terperap dalam bilik membongkang tak sudah. Maka, alang alang dah sampai awal ni, buatlah rancangan nak menjelajah ke mana mana tempat. Sambil jalan sambil membeli belah barang keperluan diri dan bilik. Senang, 2 in 1 terus.

27 Ogos 2015.


Banyak barang takde dalam bilik. Jadi kami putuskan untuk keluar membeli barang. Atas pandangan kawan di Korea, kami berniat ke Myeongdong. Berpandukan Google Maps, kami gigih mencari subway station. Tapi, Google Maps memang pungkoq tak hapdet, kami sesat. Entah mana mana kami pergi semata nak ke Gireum Subway Station. 

Atas bantuan ahjumma ahjussi di jalanan, kami berjaya sampai di Myeongdong dengan muka agak tak berapa ceria tapi masih oke. Hehehe.

Myeongdong Theater
Bila meronda satu Myeongdong, *oke tipu* kami baru sedar takde shopping complex sedabak macam kat Malaysia. Tiba-tiba ternampak pulak Daiso. Apa lagi, memang cantiklaa begitu. Aku berbelanja sakan sampai 20 000 won. Peh pehh, taim tu rasa nak nagis sungguh. Duit rasa tak bernilai macam duit jutaria. Huwaaaa!

Tapi, bila pikir perut lapar, hilang dah semua tu. Hahaha. Perut yang kosong perlu diisi. Nah, ternampak pulak perkataan halal di papan tanda dekat salah sebuah kedai makan.

Here I come bebeh!
Syukurlaa jumpa restoran halal. Restoran India, Petola Restaurant. Setelah diusha usha set mengikut harga pelajar seperti kami, separuh bahagian ayam tandoori berharga 12 000 won menjadi pilihan. Setelah dibahagi kos, satu kepala 5 000 won. Kemudian, kami pulang. The end. Dan malamnya kami terbongkang 12 jam tanpa sedar. Hahaha.

Ayam tandoori di Petola Restaurant

28 Ogos 2015.

Gireum New Town. Patutnya sini kami pergi. Tapi dek kerana aku terlalu berpandukan Google Maps, kitorang salah naik bas. Patut naik 153, tapi dah ter-naik bas 7211. Hmmmm, tak guna punya google maps.

Tak memasal kitorang tersasar dari jalan kebenaran. Ehh. Entah mana tah kitorang sampai, tapi bagus jugak. Jumpa kedai letrik dan Daiso again. Hahaha. Maka, seharian dihabiskan di situ dengan perbelanjaan 16 400 won. Jumpa kedai roti Paris Baguette. Pehh roti dia memang sedap tak boleh kata laa. Hahaha.

Malamnya, kami pusing kampus satu kali. Buang masa amek gambo sikit. Hehehe. Terlalu luas untuk dijelajah. Huuu, penat...

Tak paham tulisan dia.

Lambang kebanggaan KMU. 2 ekor naga.

Yang bercahaya tu tulis Kookmin University.


Cuci mata tengok oppas main bola

Gambar dengan bas pun jadi laa
The only adik that I found.

29 Ogos 2015.

Yeay! Kali ni sampai dengan selamat walaupun ber-google maps. Sampai dah di sungai paling kotor dulunya, tapi sekarang dah jadi bersih. Cheonggyecheon Stream.

Lawa bak hang. Nak nak bila waktu petang...dengan cahaya matahari yang dah nak terbenam, lampu neon yang dah dinyalakan sedikit sedikit. Pehh, memang cantik.
 
Pemandangan sungai dari atas jambatan Cheonggyecheon Stream.
Cantik. Tak tipu.
 
Bukti guwa dah sampai sini.
Harini kita pergi tempat femes dulu, lain masa underground places pulak kita tuju. Dah tempat femes kan, mesti ada yang spesial sikit. Ikan Bakar Dongdaemun. Memang sedap..mungkin sebab penat berjalan dan memang kitorang simpan perut, tu yang taram habis. Apa apa pun gerai ahjussi yang pertama tu yang best. Pandai cakap melayu sikit sikit, siap bagi percuma sekoq ikan lagi. Dapat tahu tempat ni pun dari blog ni. Lengkap dengan arah tuju yang jelas dan menyakinkan. Terima kasih :)

Ikan yang tengah tu percuma.
Kami pesan mackerel bakar, (percuma ikan sardin bakar), stir fried squid dan stew tofu sebagai makanan kami untuk harini. Nasi putih tu memang wujud bersama side dish tu. Bak kata Bai, kita bayar lauk je. Jumlah keseluruhan 26 000 won, jadi dibahagi kepada 4 orang, maka satu kepala 6 500 won. Tu pun ahjussi dah bagi diskaun 1 000 won. Memang superb! 

Dari kiri : Stew tofu, Mackerel bakar( 2 slices-kiri kanan), Sardin bakar percuma (tengah), stir fried squid.

Line is not only about network, it is about connection between you and me too. Ehh.

Bersama sama menggila di KMU: John, Titie, guwa dan Baini
Harini paling bangga untuk aku. Sebab tak sesat. Kehkeh. Cuma terkilan sikit tak jumpa Dongdaemun Night Market. Lain kali, siap laa. Tak bagi can laa!


Dah. 
Penat pulak taip. Nak tidoq.
Babai.
Selamat mem-bersih.

No comments:

Post a Comment