Sunday, September 4, 2016

LEGOLAND : TEMPAT KEGILAAN (2)

안녕하새요!!

Wahh, jangan tanya aku macam mana gilanya aku dekat sini gaiss. Gila dia lagi teruk dari gila di Seoul Land, Korea dan Lotte World, Korea. Sebab apa? Sebab aku naik semua rides dalam Legoland ni!

Gambar ehsan Google. Aku nak amek gambo kat sini, tapi hujan !!
Aku cadangkan kalau korang really nak enjoy yourself laa kan, pergi masa hari biasa. Dijamin Legoland itu seperti Legoland anda! HAHAHA. Tapi, adik aku tak suka pergi Legoland taim lenggang macam ni. Mentang-mentang dia dah pergi 4 kali semua penuh orang, suka hati menghancurkan perasaan teruja aku tengok theme park ni lapang tanpa manusia yang ramai. Ciss!

Masa tu tiket dapat promo (tapi macam tak promo sebab masih berharga Rm135/orang), jadi plan lah Cousin's Day Out. Kahkah! Plan macam ramai tau, sekali yang pergi cuma 4 ketul je. Okay laa daripada takde kan? Hahaha. Kitorang pergi 1 Sept 2016, hari  Khamis, haa memang lapang trang tang tang laa cerita dia. Sepupu-sepupu aku yang dah kerja tu gigih mintak cuti masing-masing (sebab terpaksa kot), adik aku cuti sekolah sendiri, semata nak layan ke-craving-an aku nak masuk Legoland. Terharu~
Aku pergi bersama mereka yang nampaknya berani ... daripada aku!
Nampaknya aku memang sejenis manusia yang takut tinggi tanpa aku sedar sehingga aku pergi Lotte World dulu. Aku serius cakap aku tak bukak mata langsung hokeh sepanjang naik Project X, Dino Islands, Bapak Dragon, Anak Dragon tu semuaa... Aku seriau. Sampai pecah bibir aku kemam masa naik tu. Dan hasilnya, semua gambar aku yang dirakam kamera tu, hodoh nauzubillah! Boleh dapat award dah kalau ada. Nasib baik tak beli gambar yang dia rakam tu, kalau tak dah boleh buat billboard buat halau nyamuk.

Hang boleh laa senyum lagi, kina. Tunggu hang kat atas tu!
The most erotic ride...
Lepas naik Project X, hujan turun. Aku bersyukur gila sebab maknanya semua rides tutup dan aku terlepas dari ketakutan naik menatang tu. Tapi, mengenangkan RM135 hang bayar just nak lepak bodoh camtu, hmmmm berharap jugaklah hujan berhenti.

Padan muka hampa tak dapat naik "Anak Dragon" tu sebab hujan.
Rumah ride "Anak Dragon". Sebab ride dia pendek, aku panggil anak.
Dah hujan tu, kitorang terpaksalah mencari tempat berteduh. Apalagi, tengok wayang 4D laa gaiss! Kenapa 4D? Hang basah betul-betul bila ada scene masuk air, hang kena laser betul-betul bila ada scene tembak-tembak laser. Semuanya real laa. Cerita budak budak kaa apa kaa, tak kisahlah. Yang penting dapat kill the time. Nak dekat 25 minit jugaklah wayang 4D ni...

Tengok sendiri lah baru rasa 4D nya
Taim ni dah nak start kena tembak.
Habis cerita, hujan tak berhenti gais. Tak berhenti.... Jadi apa kita buat? Kita masuk rumah lego dan main lego. Buat rumah lah, buat kereta lah... Terasa kreatif jugaklah otak yang dah lama tinggalkan pensel warna ni.

Rumah "Anak Dragon" yang masih tutup sebab cuaca tak hensem sangat.
Haa ni 2 orang pemaju perumahan yang cuba membina model rumah mesra poket. Ahakss!
Kepala singa pun cantik beb!
Tak lama lepas tu, hujan pun berhenti dan rides berfungsi semula. Dan aku......... hmmmmm, mengenang nasib sendiri. Dari "Anak Dragon" ke "Bapak Dragon" aku naik tau. "Bapak Dragon" ni panjang sikit dan lagi...membunuh? Boleh ke? Diorang naik 2 kali, aku sekali je sambil maki. Memang taklah pergi USS, naik ni je pun dah macam apa.
Kaya betul "Bapak Dragon" ni...
Depan istana "Bapak Dragon".

Yang menatang diorang ajak naik tu, ni tau!!
At least, i did it once!
Semata mereka nak membalas keberanian aku naik "Bapak Dragon", diorang layan aku naik bot kecik kat kolam yang selayaknya untuk kanak-kanak tapi aku kisah apa. Yang penting, aku bahagia! HAHAHA.
Lepas tu, naik yang macam Menara Taming Sari tu, even ada yang gayat. Oooo, naik rides tu semua okay, naik menara tu gayat!
Naik bot macam ni pun aku dah bahagia, apalagi kalau kau bawak aku naik cruise? Keh!

Memang kecik je kolamnya. Memang untuk kanak-kanak. Tapi aku tak tenggelam, kira okay kan?
Memang terbaik mereka layankan aku. HAHAHA nasib....
Kitorang masuk park pukul 11.30 pagi, kitorang keluar pukul 4 petang. Memang puas hati! Kalau tak puas hati jugak tak tahu lah.
Eleh, posing...
Hiasan lego di Miniland sempena Hari Merdeka
Ni semua lego tau!
Aii dah pi Singapura...
...dah sampai Brunei,
dan dah jejak India dah pun. Miniland kan? Hikss...
Keluar dari park, kitorang pi Kilang Bateri, JB. Oh man, kalau hang betul-betul lapar then decide nak singgah makan kat sini, sila lah berfikir sehabisnya. Sebab apa? Sebab boleh kenyang masa pilih nak makan apa. Banyak!

At least mengikut trend, kiranya aku pernah lah pergi Kilang Bateri kan? So far bagi aku makanan dia still affordable dan portion dia kira worth dengan duit yang kau bayar. Tapi, ada kedai yang rasa makanan dia, hmmm not bad tapi boleh diperbaiki lagi. Untuk Chicken Chop (RM 5.50) dan Char Kuew Tiaw Udang (RM 6) yang aku makan, both aku bagi 3 bintang daripada 5 lah. Tapi untuk Mee Rebus Gear Box yang sepupu aku makan, aku rasa worth gila. Sebab aku tak makan pun, tapi aroma dia yang pekat tu tetap sampai kat aku. #KomenAcahAcahChef   KAHKAH!

Gambar makanan takde. Sebab aku rasa masing-masing dah kelaparan dan kepenatan seharian kat dalam park. Memang taklah nak makan dalam park tu nyahhh oiii. Dan, mungkin sebab kitorang pun bukan jenis yang amek gambo makanan sebelum makan. Bukan tak nak menunjuk tapi tak tahan tengok makanan tu meronta mintak masuk mulut. HAHAHA.

Habis makan, kitorang merempuh jem 2 jam sebelum sampai rumah. The end.

Semoga engkorang bawak aku masa nak pi USS nanti. Tak kira!
Dah.
Babai.

No comments:

Post a Comment