Monday, September 12, 2016

WELCOME , NEW SEMESTER !!

안녕하새요!! 

Selamat memulakan semester baru dengan azam yang baru ye kawan-kawan! Rasa macam baru semalam terkial-kial login e-registration for undergraduate UM buat pertama kalinya nak daftar subjek yang entah apa-apa sendiri. Selama ni, jadual kelas dah siap tersedia. 

Tanpa sedar, rupanya sudah 5 semester aku melalui minggu add and drop tu. Wah jinjaa, guwa dah third year!! Tapi rasanya not matured enough to do a thesis ni...

Dah mula buat proposal untuk tesis ye gais. Jangan tanya aku nak merapu apa... Yang penting, aku buat kajian alam sekitar aku. Huhu.

Wohooo! Terlambat atau tidak, aku tetap nak ucapkan TAHNIAH kepada semua pelajar lepasan STPM yang berjaya mendapat tempat di IPTA. Yang tak berjaya, jangan risau. Ilmu bukan hanya di IPTA. banyak tempat lain untuk kalian menuntut ilmu.

Dan kepada yang dapat masuk UM, double tahniah. Yang dapat offer Pengajian Antarabangsa dan Strategik (no matrik berkod AEU), wohooo triple tahniah! Anda telah memilih untuk melangkah ke laluan yang sukar dalam degree anda. Tapi jangan risau, kesukaran itu akan buatkan degree anda worth untuk masa depan anda, insyaALLAH. Pandai-pandailah guna peluang yang ada.

So, junior-junior jabatan yang teringin nak tengok muka guwa secara depan-depan (puihhhhh!!!), guwa ada je kat jabatan 4 hari seminggu. Ohh tapi awal-awal guwa pesan, perangai guwa tak sama dengan apa yang mungkin korang bayangkan guwa melalui tulisan guwa.

Dannnnnnnn, saya meminta maaf terhadap individu-individu yang pm saya melalui messenger, serius nak tahu pasal IR tapi malangnya saya tak reply, atau saya reply selepas 3 dekad... i'm really sorry. During semester break, i rarely check my messenger. Saya terlepas pandang mesej anda.

Mula-mula guwa daftar masuk di KK Kinabalu
Haaa, Hari Interaksi IR hampir tiba. Mungkin kita boleh berjumpa masa tu? HAHAHA... Enjoy your univ life, freshies! Enjoy on your own way.

Dah.
Babai.
Guwa nak edit kertas kerja Hari Interaksi. (Ingat, nama guwa KINA) Siapa tak datang i-day aku tak kawan!

No comments:

Post a Comment