Monday, February 15, 2016

Post-SEP of Kina

안녕하세요 !

Semenjak balik dari tempat orang ni, aku tersangatlah sibuk. Ke rumah makcik itu lah, melawat pakcik ini lah. Kadang-kadang keluar masuk rumah dengan ibu (baca: berjalan), dengan harapan paling tidak aku dapat ganti balik masa sebulan aku yang terbuang dengan memisang di negara orang haritu. Lepas tu, memang pajak laa lepas isyak pengsan sampai ke subuh. Kahkah. 

Bila dok jumpa makcik, kakak dan sesiapa yang tahu aku ke Korea haritu, soalan yang ditanya hampir sama. Dan, kadang-kadang aku boleh agak diorang nak tanya apa. Masalahnya, jawapan aku tak statik – kejap ke kiri, kejap ke kanan. Nanti diorang ingat aku tipu pulak. Padahal semuanya tetap pengalaman yang aku lalui.

Secara rawaknya, inilah Semenanjung Korea. Dalam kelas Park Hwee Rhak, segala punca pergaduhan mereka berdua aku pelajari
Pertanyaan yang lebih kurang sama sahaja topiknya – Korea best ke tidak, makan apa je kat Korea, macam mana dengan masyarakat Korea dan paling utama, pandai cakap Korea ke tak. Aigoo, susah woo nak jawab. Benda ni subjektif jawapannya, bergantung kepada penanya soalan. Kalau penanya tu tak rapat sangat, aku cakap je Korea tersangatlah best. Tapi, kalau penanya tu makcik aku ke geng aku ke, aku cakap yang sejujurnya iaitu Malaysia lagi best. Kohkoh. Syaitonnya aku! 

Bagi aku secara jujurnya, yang namanya Korea tu aku hanya merindui dia punya musim sejuk dan anginnya yang menggigit, yang membolehkan kau nampak flawless sepanjang masa dan kelihatan fashionista atau hijabista di insta dan fb. Kadang-kadang kau boleh nampak kurus secara mendadak bila menggayakan baju sejuk. Hahaha. Malaysia memang Allah anugerahkan panas dan lembap sepanjang tahun, maka pengalaman ke negara 4 musim ini memberi satu cerita indah baru dalam hidup aku.
Ada jugak aku rindukan street food dia yang memang senang nak jumpa seperti tteokbokki (띢볶이), twigim (퇴김) atau goreng-gorengan terutamanya kaki sotong (오징어) dan paling utama adalah odeng (오뎅/오먹) atau fishcakes! Sedapnya lahaiii. Lagi-lagi bila jalan-jalan masa musim sejuk. Akan banyak imu atau ahjussi yang meniaga di jalanan jual makanan-makanan ini. Dapat hirup seteguk sup odeng, subhanAllah! Memang terus segar badan sampai rasa nak buat lompat bintang tengah-tengah sejuk tu. Setakat aku kat Korea, aku makan jenis makanan ni tanpa was-was sebab aku nampak depan mata aku diorang goreng atau masak macam mana, pakai minyak apa. Kadang-kadang imu dan ahjussi pun akan beritahu kita sendiri benda tu boleh makan ke tak. So far, aku yakin dengan apa yang aku makan ni. Cuma tang ramyun, mula-mula tu aku bedal lah jugak mana-mana yang berperasa makanan laut atau jjambong (짬뽕), tapi lama-lama, aku jadi was-was sendiri dan akhirnya aku berhenti makan ramyun dia yang super kenyang, besar dan jimat tu. Sampai aku balik Malaysia haritu pun, aku tak sentuh langsung ramyun walaupun aku ada teringin sikit nak makan. Huhu.
Tteokbokki. Ini yang paling simple sebab street food. Kalau nak mewah lagi siap cheese, boleh pergi ke Sindang Tteokbokki Town.
Twigim yang murah. Macam dalam gambar ni - ada sotong, udang, jejari ketam, cili goreng. Fuhh! Sedap woo.
Odeng ni lah paling sedap dan cool. Kahkah. Boleh hirup sup dia lagi. Tapi aku selalu makan yang jenis berlipat-lipat tu.
Waktu paling seronok bagi aku di Korea adalah apabila nak bersolat di tempat awam. Macam buat jenayah, makin dilarang, makin seronok dibuat. Ye lah, kat Korea mana ada surau ke masjid untuk kita bersolat degan aman. Siap tourist guide yang berbaju merah di Dongdaemun kata, kalau nak solat kena pergi Itaewon sebab kat situ je ada masjid. Hang ingat dekat ka Dongdaemun dengan Itaewon? Setengah jam jugak naik subway, belum campur waktu mendaki bukit lagi. Maka, konklusinya, kami solat je di mana-mana yang kami rasa bersih dan tertutup. Tapi, taim nak solat ni syaiton nir-rojim memang banyak. Boleh pulak tempat yang kami aimed memang takde orang lalu-lalang, tertutup dan paling nyata, pak gad tak kan check kawasan tu, bila tengah solat mula lah ke hulu ke hilir pak gad dengan walkie-talkie dia yang tak reti senyap macam kita ni tengah pasang bom berjemaah pulak. Ada sekali tu, siap dua tiga orang standby kat area kami solat. Lama-lama bila kami dah adapt dengan budaya kat Korea ni, kami mintak izin secara baik dengan pihak-pihak berkenaan di kawasan tersebut untuk bersolat. Mintak masa 5 minit sahaja seorang. Cukuplah untuk solat secara aman. Jangan pulak siap berwitir. Tapi, memang seronoklah bersolat dalam keadaan macam ni. Mencabar sungguh.

Apa kau rasa kitorang tak pernah solat depan bangunan ni? 63 Building kot. Seronok solat kat sini sebab rasa nak beku! Kahkah.
Sedar tak sedar dah dua minggu aku tinggalkan Korea. Segala macam kawan-kawan throwback, siap ada tu buat drama dengan aku semata nak throwback saat-saat indah di sana. Tak guna betul! Aku ni walaupun rindu kat sana, belum sampai masa nak throwback teruk teruk. Tapi kalau dah mula, muntahlah engkorang tengok. Hahaha.
Oke.
Babai. 
Nak daftar subjek untuk sem baru ni. Semangat!

2 comments:

  1. Assalamualaikum akak saya nak tanya pasal kos yg akak ambil di um kt mane ye saya boleh hubungi akak sebab x jumpa fb dgn e-mail akak. ni e-mail saya Amirulhakim2020@gmail.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Amirul . Waalaikumsalam .
      Akak dah email awak .
      Terima kasih sudi baca blog akak .

      Delete