Wednesday, December 27, 2017

Bukan Persoalan Abstrak

안녕하세요!

Aku memang suka letak tajuk merapu. Jadi jangan pertikai walaupun aku sendiri rasa nak mempertikaikannya. HAHA.

Ada yang PM aku kat fb. Tanya pasal jam kredit dan subjek. Ada juga tanya mengenai kehidupan di UM. Setakat ni, yg mesej di fb aku dapat menjawab on time or within 24 hours. Sebab aku dah habis kelas dan dah nak finaaaaal exam, maka aku punya banyak masa untuk buang masa di fb. HAHAHA. Jadi entri kali ni, aku cuba jawab kembali soalan-soalan yang aku terima dengan lebih realistik. Ni semua pengalaman aku, takde yang ilmiah. Maka, post ini panjangggggg.


+ Apa yang best kat UM?

Aku tak pernah masuk dan belajar di universiti lain. Jadinya aku tak tahu apa yang bestnya UM ni dari universiti lain. Kalau aku kata UM best sebab dia universiti awam No 1 di Malaysia, boleh terima ke tak? Okay, aku tipu. Ranking universiti tak menggambarkan tahap keseronokan pelajar-pelajar dia. Macam aku, aku rasa aku dapat masuk UM pun sebab nasib haritu lulus iv. Dan aku rasa aku dah guna semua luck aku untuk secure seat dalam UM ni. Huhu. Maka, takdelah aku seronok sangat. Seronok biasa je...
 
UM best sebab ada Tasik Varsiti (?), jadinya kau boleh beriadah di situ. Dalam kawasan Tasik Varsiti tu, ada maze dan tempat piknik yang hipster. Setakat nak feeling-feeling study bawah pokok macam kat luar negara yang selalu tengok dalam tv tu, alahaiii apalah sangat. Boleh saja kat sini. Gambar-gambar yang dirakam di situ jadi instagram-worthy. Ingat tak untung ke? 😏😏

Tasik Varsiti UM. Kredit: Google Image
UM jugak best sebab ada Dewan Tunku Canselor atau DTC (sekali lagi, ?), bangunan yang berprestij dan tertua di UM. Kau hanya akan berpeluang masuk dalam DTC ni 2 kali sahaja bagi pelajar beshe-beshe macam aku, masa MHS (masa kau sah diterima jadi pelajar UM) dan masa kau konvo sahaja. Kira awal dan akhir, melainkan kau adalah Pemudahcara Mahasiswa (PM) untuk MHS setiap tahun, kau join FESENI dan orang penting bagi organisasi UM seperti MPP. Kalau tak, sila anggap diri kau sebagai individu esklusif okayyy yang tak sewenang-wenangnya masuk dalam DTC. Kah!

DTC. Kredit: Google Image
Lepas tu, perpustakaan UM. Perpustakaan UM banyak beli akses untuk sumber rujukan daripada luar seperti Springer, JStor dan sebagainya yang amat berguna untuk kau buat tesis dan kajian, malah untuk buat written assignment sekalipun amat membantu. Aku tak tahulah universiti lain macam mana, sebab aku tak pernah tanya kawan dari universiti pasal bahan rujukan tapi sepanjang aku jadi pelajar UM, bagi aku semua bahan rujukan dah lengkap. Itu buat aku happy!

Ni perkara asas dalam UM. Lebih daripada tu, mohon korang sendiri yang merasai pengalaman dan suasananya di sini. Macam mana nak rasa? Apalagi, mohon UPU dan letaklah UM dalam senarai pilihan korang. Hehehe.


+ Kita boleh tukar jabatan atau fakulti ke lepas daftar?

Allah dik! Macam akak respon soalan adik kat messenger masa tu, sampai ke sekarang akak tak mampu nak jawab soalan ni. Sebab akak takde pengalaman dalam hal ni. Proses pertukaran tu sangat leceh dan ahhh, buang masa! Pihak pentadbiran buat ruwett (leceh) je dengan permohonan kita. Jadi, akak mintak maaf, akak tak mampu nak jawab soalan ni sebab di luar pengetahuan akak.


+ Akak tak pernah down ke kat UM? Post akak kat blog pasal semuanya yang best-best.

HAHAHA aku gelak dulu sebelum jawab. Aku ni manusia biasa, mana boleh tak rasa benda tu. Cuma entri-entri aku bukanlah diari aku. Aku tulis yang baik-baik untuk beri semangat kat orang yang baca untuk terus belajar. Malah, semangat untuk diri aku jugak sebenarnya. Aku promosikan FSSS jugak kiranya ni! Patutnya boleh dapat gaji dari FSSS...

Tempoh 3 setengah tahun bukanlah sekejap tapi tak jugak lama. Aku manusia normal, yang kadang emosi aku tak stabil (tapi banyak tak stabilnya aku rasa. HAHAHA), yang kadang aku rasa aku dah penat nak teruskan tempoh pembelajaran. Rasa nak berhenti. Cuma aku berpegang pada salah satu prinsip aku, habiskan apa yang aku dah mulakan

Mula sem khas (masa praktikal) aku dah rasa perasaan macam ni. Sem akhir ni paling mencabar mental aku. Semua pelajar tahun akhir macam tu aku rasa. Ke aku sahaja yang rasa gitu? Aku penat dengan segala-galanya. Bercampur dengan rasa risau dan takut dengan apa yang berlaku lepas habis belajar nanti, buat aku tersangat sangatt sangattt down. Perasaan aku ni malangnya bukan buat aku makin gigih berusaha, tapi buat aku rasa insecure dengan semua perkara. Dan akhirnya aku rasa lebih selamat untuk aku ada dengan diri aku sahaja (betul-betul diri aku sahaja).  

Jadinya, kepada sesiapa yang sedang (atau akan) menghadapi perasaan sebegini, aku harapkan korang masih punya semangat untuk habiskan apa yang korang dah mulakan. Ingat mak ayah, insyaAllah kau tetap akan punya tenaga untuk bertahan walau kau betul-betul dah rasa tak mampu. Keep strong guys!

Prinsip lain yang aku pegang. Quote asal oleh SI.
Hmmmm... Setakat ni sahaja aku mampu menghuraikan dan menjawab persoalan yang diutarakan, sebab tetiba aku hilang mood nak menaip lebih panjang. Ada mood nak menaip, aku sembang pasal jam kredit pulak. Kalau ada yang nak bertanya terus, boleh PM aku di messenger. Kalau "rezeki" korang baik, dalam masa 0.05 saat, korang dah nampak aku typing. Hahahahaha rezeki sangat.

Dah.
Babai.
Semoga aku, kau dan sesiapa pun terus gagah melangkah.

No comments:

Post a Comment