Friday, December 15, 2017

Playing Tourist 0.001% at Kuala Lumpur

안녕하세요!

Nampak tak tajuk acah acah tu? Tajuk Bahasa Inggeris, kata sapaan Bahasa Korea, ayat pertama Bahasa Melayu. International sangat! HAHAHA. Aku tak tahu nak alih bahasa "playing tourist" tu sebagai apa. Main pelancong-pelancong macam main kawin-kawin? Ke pelancong samaran? Ahhh sampai ke sudah merapu!

Makanya, aku kekalkan tajuk Bahasa Inggeris itewww.. Kenapa 0.001? Sebab 4 jam cuma pergi satu tempat saja! Belum masanya lah nak menjelajah semua tempat di KL ni, lebih-lebih lagi di hujung sem. HAHAHA.

Sebenarnya bukan playing tourist mana pun. Kan tengah musim Expo Negaraku 2017, jadinya aku pun ambil peluang laa nak rasa pengalaman dan keseronokan orang dok kata kat ekspo tu. Memandangkan 15 Dis 2107 adalah hari terakhir ekspo tu lepas sebulan dia bukak, maka 14 Dis 2017 tu nak tak nak kena pergi jugak fefeeling tourists laa. Kalau tak bila lagi kan?

Untuk ke Dataran Merdeka: Dari Stesen LRT Masjid Jamek, melintas jalan dan terus je jalan ikut laluan tepi masjid depan stesen tu. Nanti ada nampak jambatan yang merentas sungai, haa seberang je jambatan tu dan taraaaa! Dah sampai Dataran Merdeka.    
Penunjuk arah untuk yang tak tahu camne nak pi Dataran Merdeka lepas turun LRT Masjid Jamek. Hewhew..

Bagi aku, tema untuk ekspo ni adalah berkonsepkan sedikit futuristic modern. Ye lah, dengan dome sampai 5 biji untuk satu satu masa, hiasan dalaman, tayangan semua. Fuhhh, baik ah! Setiap dome ada konsep tersendiri:
    1. Malaysia masa kini // Tuah Dikonsi Bersama. Berwatakkan Alia yang menyiapkan kerja sekolah mengenai perubahan yang dilalui oleh Malaysia, seolah-olah kita turut merasai saat-saat yang dilalui Alia. Berciri 4D sebab masa hujan, kita rasa air menitik walaupun tak banyak. 
    2. Kemudahan Infrastruktur. Ini ada simulasi kerja-kerja pembinaan terowong SMART dan kemudahan MRT. Dalam simulasi MRT tu pengunjung dibawa mengenali kemudahan yang telah dan bakal dibina di Malaysia. Since aku dah biasa naik MRT dan LRT, it just a simple interactive simulation but it nice to introduce the infrastructure to the rare users of that thing. Kat sini jugak ada simulasi dari menara kawalan lapangan kapal terbang untuk membantu kapal terbang mendarat dan simulasi membawa bas rapid KL. Tp yang bas ni, dia kata dah rosak. Entahlah.
    3. Kehidupan dan Kesejahteraan. Ini yang rare dalam dome ni adalah paparan segala jenis telefon sejak dari awal hingga kini. Paling best kalau kau dapat angkat deringan telefon dan bercakap dengan PM Najib, TPM Zahid Hamidi dan sebagainya. Aku hanya dapat jawab satu deringan je, dari pengarah apatah Datuk Seri Nordin kot tak silap. Jangan beranganlah komunikasi 2 hala, memang tidak lah.
    4. Gaya Hidup Malaysia. Masuk-masuk je dome seolah-olah kita berada ada dalam hutan hujan. Dengan air terjun dan batang-batang pokok. Memang i loiiiike lah! Lepas tu kita masuk dalam mesin 'terowong bawah tanah'. Sebelum' sampai bawah tanah' tu kita akan nikmati apa yang kita ada: kereta kabel Langkawi, Lebuhraya Plus dsb.
    5. Masa Depan Gemilang. Dome ni paling best!! Sebab ada disediakan semacam tilam dan kerusi untuk kita tonton tayangan kat atas dome macam kat Platenarium Negara tu. Dah penat jalan kan, so memang lepak laa dalam ni. Rasa macam nak terlelap lahaiiii... So kat sini kita jumpa si Alia tu balik.
      Keseluruhannya, ekspo ni sangat menarik dan ohsem. Rasa macam kat luar negara pulak sebab bila tengok cuaca kita tahu panas berdenting tapi rasa sejuk je. Ala-ala early autumn gituuu... Sebab diorang ada banyak kipas air dan air-con untuk berikan kita rasa nyaman je dalam tu.
      Dalam dome 2, The Potrets of Malaysians. Dan duduknya aku di situ adalah untuk promote diri sendiri. HAHAHA
      Dome 3. Pameran telefon-telefon lama sehingga kini. Telefon jenis ni aku tak berapa hairan sebenarnya, Sebab kat rumah ada 3, siap ada yang besi punya tu. Tapi tempat ni sangat sesak dengan orang yang tunggu panggilan PM dan TPM kan, hmmmmm aku mengalah.
      Dalam dome 4, suasana yang sangat mendamaikan telinga dan jiwa aku. So nice!!
      Dalam dome 4, dalam 'mesin terowong bawah tanah'
      Kau jangan nak mempening dengan aku, kena kang!
      Lukisan Alia di bumbung dome 5 yang membuatkan pengunjung nak lena sebab ada tilam dan bantal
      Trademark Dome 5
      Aku kalini tak pergi berseorangan. Sebab aku dah takut nak berjalan seorang. Maksud aku sangat sangat takut. Semenjak kes-kes rogol berleluasa baru-baru ni, aku dah tak pernah keluar bersendirian ke tempat-tempat macam ni. Kalau dulu aku pergi Jalan TAR singgah ke Sogo terus ke Jakel Mall dan patah balik ke Jalan Tar semula adalah bersendirian sampai ke petang. Kang maghrib baru sampai kolej. Tapi laa ni sungguh aku tak berani.

      So, untuk ekspo ni aku pi dengan Aliyn, kawan semenjak zaman akil baligh. Dan Aliyn membawa 3 kawannya dari UIA Gombak. Makanya berlima lah kami menghabiskan masa di ekspo itu. Lepas pi ekspo tu, mereka nak pi Mydia dan memandangkan aku takde plan lain, aku ikut saja lah. Diaorang pun sekepala jadi takde rasa awkward aku kat situ. Ke sememangnya aku yang tak reti awkward? Keh!

      Your friends are my friend to be, Aliyn. Gituuuu...
      Diorang cari apa kat Mydin? Ehhe! Kan viral dalam fb tu Mydia ada buat offer coklat murah-murah. Haaa, tu laa tujuan diorang tu. Aku tak tahu pun Mydin yang buat walaupun aku nampak benda tu viral. Boleh kata murahlah. Memang keluar coklat je laa kat mata diorang tu bila masuk Mydin. Oh ye! baru aku tahu Mydin dekat Masjid Jamek tu ada dua - berdepan antara satu sama lain. So coklat murah yang viral tu dijual di Mydin baru.

      Ni coklat jenama biasa.
      KitKat World Edition. Corak depan tu yang membezakan tempat-tempat dalam edisi KitKat ni
      CR7 Edition. Warna dia yang membezakan CR pose macam mana.
      Memandangkan aku jenis tak minat coklat dan hanya akan makan coklat kalau orang bagi (boleh kata aku kedekut nak spend duit kat coklat), jadi memang tak tertarik aku dengan tawaran ini. Mereka berempat beria pilih memilih coklat, aku beria memilih maggi mana yang perlu dibuat stok.
      Mee Sedap tu aku punya. Heee~ Cadbury yang corak hijau tu ada anak-anak bawahnya tu, 4 keping? Cadbury Dairy Milk 2, Roses 2, Andes Mint 2. Fuhh nasib diaorang tak borong sepenuh bakul!
      Ni aku beli pun untuk majlis phia bulan 3 nanti. So dah takyah fikir nak pakai tudung apa.
      So far, ni hari yang panjang untuk aku selepas beberapa ketika aku tak meluangkan masa berjalan seperti ini. Aku tengah merancang untuk Playing Tourist Plan minggu depan, harapnya menjadi.

      Aku rindu Cheonggyecheon bila aku tengok kawasan Blue Pool Masjid Jamek.
      Oklah.
      Babaiiii.

      No comments:

      Post a Comment