Tuesday, November 17, 2020

DPA: Lambaian Garisan Penamat

안녕하세요!

Aku sedang menghitung hari. Dengan perasaan yang bercampur-baur: gembira, teruja dan takut nak mulakan cerita baru dalam hidup. Sampai tak sempat aku nak update entri pasal modul Outrec dan modul Bomba aku. Dahlah aku tak pergi Lumut dan Kuala Kubu Bharu pun. sob sob. Ni hari-hari terakhir ni, aktiviti tak henti dari jam 8.00 pagi sampai 10.30 malam, setiap hari. Orang di luar ingat aku buat-buat hilangkan diri lah apa lah, padahal dah tunggang-langgang hidup aku ni nak tune kan dengan masa yang ditetapkan.

Antara bukti pernah LLB di minggu sintesis.

Ni jelas sedikit. Menjadi moderator untuk sesi bersama TS Arpah. Debo tauuu!

Perjalanan 10 bulan aku bakal berakhir dalam masa beberapa hari lagi. Perjalanan yang dilihat mustahil dan sangat menduga ini bakal tamat sebelum ia menghamparkan cabaran sebenar perjalanan yang super panjang. 10 bulan yang berlalu ini sangat meletihkan emosi dan mental tapi dalam masa yang sama, menyeronokkan. Tak tahu untuk digambarkan bagaimana, cuma boleh aku simpulkan yang ini adalah sebuah momen pahit-manis atau love-hate relationship lah senang kata.

Fasa 10 bulan ini fasa yang mencabar bukan sahaja untuk yang melaluinya malah, di pihak yang menyokong terutamanya bagi mereka yang berkeluarga. Tinggal anak, isteri dan suami bukanlah satu perkara mudah. Perlukan pertimbangan rapi dan persefahaman dari kedua-dua belah pihak. Yang tinggalkan ibu bapa di kampung juga perlukan hati yang kuat dan tabah. Kerana terpaksa 'lari' dari tanggungjawab melayani ibu bapa secara nyata. Fasa ini adalah fasa yang memerlukan persefahaman dan kepercayaan yang tinggi di samping sokongan padu masing-masing.

Aku tak mahu bakal kadet masuk dalam DPA ni jangkakan benda yang indah dan glamour. No such thing! Jika ada yang mahu merasakan sedemikian, fikirlah balik. DPA bukan tempatnya. DPA adalah medan untuk kau dilunyai secara fizikal apabila modul luar tiba, dihempas emosi yang bergelora dengan pelbagai momen tak indah, dilambung rasa gembira bila berjaya mencipta memori bersama. Sekali lagi aku ingatkan, DPA bukan tempat meraih glamour kerana bakal bergelar PTD. Masuk DPA jangan sesekali dambakan kebahagiaan berterusan. Jangkakanlah weekend kena beku, STS datang menjengah. Kah!

Tapi, dalam DPA ni lah kau dapat asah bakat kau, keluarkan kemahiran kau. Kalau kau mahir atau minat multimedia, kau jadilah sekreteriat multimedia. Kau minat sukan, join sekreteriat sukan. Boleh buat event sukan. Macam aku suka jadi MC, aku kawtim dengan pengarah event-event berkaitan. DPA ini macam yang aku pernah kata, medan pembelajaran sebelum masuk kerja secara rasmi. 

Tak memasal jadi atlet Lasykar. Seumur hidup, pertama kali main bola tampar dan menang gangsa. Hewhew!

Bukti gangsa saya. Yeayyy!
-

Kepada yang bakal ke sesi temuduga pengambilan kadet 2021, buat yang terbaik. Bersedia sepenuhnya dengan pengetahuan, mental dan ketenangan yang tinggi. Enjoy the moments you have masa temuduga tu. Jangan gelabah sangat okay? Be yourself but don't over confident.

Enjoy the journey too. Nak masuk DPA pun panjang waktu menunggunya, apatah lagi dalam DPA tu sendiri. Maka, layan je lah momen-momen yang mendatang tu ya.

-

Semoga syakinah berjaya menghabiskan baki-baki hari dalam DPA dengan jayanya walaupun sudah beberapa kali badan yang tua ini menghantar signal untuk mengalah.

Terima kasih kepada yang sudi membaca. Semoga entri-entri dalam blog ini bermanfaat buat yang memerlukan.

Do good, be good, stay good.

Dah.

Babai.

4 comments:

  1. Terima kasih puan ats segala perkongsian dari mula sehingga hbs DPA. Slmt menjalankan tugas kelak

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Awwww saya lagi bangga dengan awak tau puan pengarah. Tambah-tambah lagi sudi percaya dekat moderator hambar kayak noona ini kahkah!

      Delete