Friday, November 20, 2020

DPA: It's a Wrap!

Hari ini seperti hari raya buat semua kadet. Hari ini pintu-pintu bilik terbuka luas seawal jam 6 pagi. Papan-papan seterika dah macam kaunter pertanyaan, berderet orang tunggu nak guna. Suara riuh rendah di ruang koridor benar-benar menyentuh hati sebab semua orang sepakat bergembira sekali hari ni. Malah ada yang dah lengkap berpakaian jam 6 pagi lagi.

Hari ini hari penamat penantian. Hari ini hari penentuan. Hari ini hari perpisahan. Malah, hari ini hari permulaan. Macam-macam rasa ada. Tak sabar, gembira, teruja, takut dan sedih masing-masing berlumba nak penuhi hati. Tu yang hari ni aku rasa aku pang-alang. Sekejap gembira, sekejap lagi rasa sayu. Parah!

Nak menunggu angka ni jadi 0, ya Allah, lamanya!

Tapi sungguh weyy, rasa macam pagi raya. Dia punya vibe tu lain maciam. Penantian 307 hari akhirnya menemui noktah. Kalau diimbau saat 19 Januari 2020, hari pertama tu lagi aku dah mulakan countdown tracker aku. Masuk minggu kedua, aku dah rasa tak tentu hala. Sedangkan masa tu, perjalanan baru je nak mula. Dasar syakinah! Tapi lama-lama kita dah pandai adjust masa, kita chill jugak. Maka, bila tibanya hari ini, rasa syahdu memang merata-rata. 

Syahdu sebab manusia yang sering kata nak menghentikan langkah ini telah habiskan tempoh persediaan yang ditetapkan. Syahdu sebab manusia yang asyik tak yakin dengan diri sendiri ini telah menamatkan perjalanan yang diperlukan. Syahdu sebab tak dapat tidur, makan dan membebel dengan teman seperjuangan lagi. Ahh sungguh, rasa ini mengharukan!

Nampak kan drama nya aku dalam hidup?
Terma '82 masuk, 82 keluar' adalah satu terma keramat untuk dikenang buat semua Lasykarians. Satu-satunya sidang yang menang pertempuran di medan perang DPA: menjadi sidang yang ahlinya masih cukup kekuatan sampai akhir. Sidang yang dikenali kerana namanya <Lasykar> yang bermaksud mereka yang dilatih untuk menghadapi peperangan. Love-hate betul perjalanan dengan mereka ini. Mesti diorang rasa gitu jugak dengan aku. Kah!
Selamat bertugas Lasykarians. "82 masuk, 82 keluar." Semoga 82 sampai pencen.
Alhamdulillah perjalanan DPA aku sudah tamat. Aku kini secara sah boleh dikenali sebagai batch Bitarawangsa atau Tan Sri Adib kata tadi, "Batch Covid". Perjalanan sebenar aku sudah bermula. Aku ingat aku dapat MOTAC atau KKMM. Tapi secara bercandanya aku katakan pada Pn Ell, penyelia tumpangan aku masa SPP di MOTAC haritu; "KSU taknak kami nampaknya ni...". Keh!

Berdebar tau dapat email dari bos besar.
Aku dapat Jabatan Perdana Menteri. Tiada rasa kecewa atau apa. Cuma berdebar nak uruskan urusan lapor diri, nak angkut barang pindah rumah. Sedih jugak sebab crush tak tahu aku crush kat dia. Pffttt!

So yeah, Alhamdulillah syakinah sudah dilucutkan jawatan kadet DPA 2020! Akhirnya weyyyy... 20 November tarikh penamat perjalanan DPA aku. 23 November 2020 permulaannya servis aku. Terima kasih kalian yang setia membaca perjalanan simple aku dalam DPA ni. Terima kasih juga sebab sudi membaca apa yang aku coretkan dalam blog ini.

Aku mohon doa kalian untuk terus doakan aku agar dapat berkhidmat dengan cemerlang dan penuh integriti. Semoga segala urusan kalian dipermudahkan Tuhan.

Dah.
Babai.

Do good, be good, stay good. 

20 comments:

  1. Salam kina. Tahniahhhhh.. selamat bertugas. Boleh saya mintak email awak?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam :) terima kasih.

      ni email saya syakinahmahfoz@gmail.com

      Delete
  2. Replies
    1. Yeayyy! Terima kasih, Nadia. <3

      Semoga segala urusan awak dipermudahkan.

      Delete
    2. Ameen. Keep on sharing ya!

      - pembaca setia

      Delete
  3. Salam cik.nk tny umur paling tua boleh minta ptd? Dan ada tak daripada yg dpt kadet seorg suri rumah yg xda pengalamn kerja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Paling tua, berusia 35 tahun pada tahun semasa. Tapi, perlu semak SPA8i masa mohon tu jugak, sebab ada jugak berubah.

      Ada suri rumah yang mohon. Asal layak, mohon je jangan malu :)

      Delete
    2. sekarang dah guna sistem spa9

      Delete
    3. Ya benar, En Apek. Terima kasih banyak update info. :)

      Delete
  4. Replies
    1. Yeayyy, terima kasih atas ucapan dan kesudian baca blog ini! :)

      Delete
  5. Congrats dan selamat bertugas. Saya suka baca blog ni.

    Semoga dipermudahkan segala urusan cik Syakina :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas ucapannya. Moga doa yg baik-baik kembali kepada awak juga :)

      Delete
  6. Salam cik syakina, saya mahu tanya sekarang cik bertugas di mana? Sebagai apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there! Wasalam.

      Sekarang saya bertugas di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai pegawai tadbir dan diplomatik :)

      Delete
  7. Bestnyaa. Tolong doakan saya dapat jadi ptd jugak Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan ada rezeki awak untuk menjadi PTD ya. All the best.

      Yg penting, jangan lupa mohon tau ;)

      Delete
  8. Tahniah Syakinah dan terima kasih berkongsi. Cuma nak tanya, ada tak antara kadet yang mempunyai masalah kesihatan yang membataskan buat aktiviti fizikal?

    Apapun, selamat berjaya dan all the best in ur future endeavour

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Mustaqim, terima kasih atas ucapan dan kesudian baca blog saya.

      Masa batch saya, tiada. Cuma ada je yg tak berapa fit tu, macam saya. tp tiadalah masalah kesihatan yg menghalang buat aktiviti.

      All the best untuk awak jugak ya!

      Delete
  9. Assalamualailum cik syaakina. Suka baca blog awak. Sangat memberi banyak info. Boleh saya berhubung dgn awak untuk tahu lebih lanjut pengalaman jadi otd?

    ReplyDelete