Sunday, December 27, 2020

Sekilas DPA

Okay, memandangkan aku dah janji nak buat entri berkenaan dengan keadaan semasa DPA, maka entri ini adalah berkenaan dengan fasa pembelajaran semasa DPA. Harapnya dapat memberi gambaran kepada mereka yang tertanya-tanya, apa yang kita buat dalam DPA ni.

1) Kita belajar apa dalam DPA ni sampai 10 bulan?

Aku selalu cakap dengan member terdekat, anggaplah ketiadaan aku 10 bulan ni macam aku masuk rekrut askar. Cuma bezanya, aku masih boleh dihubungi dan adakala dapat balik kampung. So askar buat apa lama-lama training dalam kem? Diorang dilatih selayaknya dengan kemahiran untuk berperang, ikhtiar hidup dan sebagainya. Macam tu jugaklah konsep DPA ni. Mereka nak train bakal PTD ni dengan segala keperluan asas supaya takde lah membongak je masuk jawatan nanti. 

Dalam DPA tu, kita akan belajar banyak modul akademik. Setiap modul mengambil masa 2 minggu dan di hujung 2 minggu tu ada penilaian. Exam lah senang kata. Exam ni bentuk dia pelbagai bergantung kepada pemilik modul. Ada subjektif, objektif, esei dan projek akhir.

Kemudian, dalam 10 bulan ni jugak, kita akan ada modul bukan akademik iaitu Modul Operasi Pertahanan Nasional (OPN) atau Tentera, Modul Ketenteraman Awam atau Polis, Modul Bomba dan Penyelamat atau Bomba dan Modul Outbound School (OBS). Macam Bitarawangsa, di celah-celah modul akademik tu lah adanya modul bukan akademik. Aku suka macam ni. At least takdelah lunyai sangat kita dilanyak dengan modul-modul tu. Balik INTAN, walaupun nak kena masuk kelas balik, sekurang-kurangnya ada masa untuk rehat.

Batch Lantera cerita, diorang pulak modul bukan akademik ni adalah selepas modul akademik. Maksudnya, diorang pulun kelas dan exam sampai habis, lepas tu baru ke modul luar. Rabak woo, sebab habis satu modul, ke modul luar lain. Mental lagi sakit... Ni sebab 2 orang senior di office aku yang masuk air adalah Lantera, jadinya aku ambil contoh Lantera laa. Dan aku tak jumpa batch lain. Huhu.


2) Tapi, ingat ke semua yang kita belajar tu nanti bila masuk kerja?

Sejujurnya aku tak ingat sangat pun. Huhu. Tapi, aku bersyukur dapat peluang masuk DPA ni, sebab walau tak ingat sangat pun details apa yang dibelajar (pasal aku rasa aku cuma punya short term memories), aku masih ingat sikit-sikit ilmu tu dan ada lah benda untuk dirujuk. Memanglah orang kata, tak tahu tu tanya. Cuma, kalau semua benda pasal kerja kita dalam ofis tu kita nak tanya, pegawai dan staf lain mestilah rasa bosan nak jawab. Maka, nota dan apa yang kita belajar dalam DPA ni lah, yang akan turut membantu kita. 

Aku bukan nak cakap kita tak perlu bertanya. Tanya. Tanyalah sebanyaknya. Aku pun bertanya jugak dengan semua orang dalam ofis tu. Cuma, akan ada waktu yang kita nak lebih faham sendiri. Jadi, kita akan selak nota dalam kelas, baca fail lama dan riki-riki dokumen lepas untuk nampak perjalanan kerja kita macam mana.

Nanti bila masuk kerja, tak semua benda kita guna. Kan ada 8 bidang utama PTD, nanti kita masuk satu bidang je. Maka, ilmu yang berkenaan je lah kita aplikasikan. DPA tu, adalah medium untuk kau serap je semua ilmu yang dibagi dan enjoy phase sebelum kau masuk kerja.


3) Ada syarat untuk lulus exam?

Eh, mestilah ada. Barulah thrill. Syarat utama adalah kehadiran kelas mesti 80% bagi setiap modul baru layak menduduki peperiksaan dan mestilah mencapai sekurang-kurangnya minimum B+ 65% dalam setiap modul. Dapat kurang dari B+? Failed lah. Keperluan markah ini berubah ikut tahun, maka, waspada sendiri lah ya.

Jangan risau. Exam senang je. Belajar 2 minggu, lepas tu exam. Fresh lagi kan? Mesti senang je nak hadap exam tu. Tapi tu lah, konon senang. Aku kantoi jugak 2 subjek. Ya, saya gagal exam. Sobsob. Dan, aku bertuah sangat sebab tenaga pengajar beri peluang untuk repeat paper. Kalau tidak, mau bulan April lagi aku dah kena kemas barang dan keluar asrama. Sebab kalau tak lulus exam ni, boleh kena terminate dari DPA dan kau perlu bayar kontrak biasiswa persekutuan yang kau sign dan matikan setem masa nak masuk DPA ni.

Korang dah nampak kan bayangan macam mana DPA ni sebenarnya? Aku boleh katakan dia adalah survival reality show. Hahaha, nanti sesiapa yang berpeluang masuk DPA akan faham jua.


4) Ada ke yang tak lepas DPA ini?

Ada. Sebab perjalanan kita atas dunia ni kan tak sama takdirnya. Tibber! Ada kadet yang tak berjaya ke garisan penamat atas masalah kesihatan, masalah peribadi dan sebagainya. Siapa kata 307 hari tu sekejap? Ia adalah tempoh yang menguji kekuatan fizikal dan ketahanan mental. Maka, macam-macam boleh jadi. Yang ada masalah kesihatan, atas budi bicara dan pertimbangan selayaknya dari urusetia, kadet diminta untuk tangguh pengajian ke tahun berikutnya. Semuanya perlukan perbincangan rapi.

Ada mereka yang mempunyai sebab-sebab kesihatan ni, cedera semasa menyertai modul luar dan aktiviti fizikal. Jadi korang pandai-pandailah jaga diri dan buat persiapan fizikal sebaiknya untuk masuk DPA ni. Kita nak masuk dan keluar sama-sama dengan rakan satu batch. Kalau tangguh sebab kecederaan, dah kita kena mula blend in balik dengan batch baru. So, take care okayyy!

 

5) Batch Bitarawangsa belajar macam mana masa zaman Covid ni?

Kita DPA ni ikut perkembangan teknologi. Dengan Covid gini, ODL laa jawabnya. Jadual kita sama je dengan jadual dalam INTAN tu. 08:20 pagi - 05:00 petang. Bezanya, cuma takde PT wajib je. Dah PKP kan, kena dok elok-elok je lah dalam rumah. Tu yang bila masuk INTAN balik, aku bawak double chin. Padahal masuk modul tentera aku dapat berat yang aku impikan. Kah!

Tapi, ODL ni sakit sangat. Mental fizikal. Susah tau dah tua-tua ni nak dok tegak depan kamera dan fokus pandang skrin. Kamera pulak wajib on sepanjang kelas. Fuhh! Depan kamera, tak kan kau nak makan beria kan? Masih jugak kena cover. Power spek aku pun seronok je bertambah bahana hadap skrin tidak berhenti. 

Konklusinya, ODL ke kelas fizikal ke sama je sibuknya. Bagi aku, ODL extra penat. Jadi, aku punya harapan semoga batch 2021 dan akan datang tidak perlu hadap ODL ni. Duduk je lah dalam INTAN elok-elok dan tak payah fikir nak masak apa masa lunch break. Huhu.

-

Rasanya, itu jelah yang boleh aku fikirkan untuk berikan kalian sekilas makluman dengan apa yang namanya DPA ini. Sekiranya kalian ada sebarang pertanyaan, boleh lah komen di bawah atau email sahaja di syakinahmahfoz@gmail.com ya. Dengan adanya pertanyaan korang, bolehlah aku tambah di entri ini nanti. 

Okay.
Take care.
Patuhi SOP tau!

Be good, do good, stay good.

2 comments:

  1. Ingat tu "Be good, do good, stay good" annndddd, kalau ada masa/slot tidur tu, tidur saja mcm syak noona

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHAHAH BASSSS.

      Okay semua. Ini adalah jurugambar peribadi noona sepanjang noona dalam DPA. Kebanyakan gambar yg noona kongsi dalam blog ni kebanyakannya dari Bas. Maka, jadilah seperti Bas. Function! Kalau ikut noona, tidur saja yg noona buat hiksssss

      Delete