Wednesday, December 23, 2020

Persediaan ke DPA

Hai korang! Terima kasih atas ucapan dan kesudian kalian membaca tulisan dalam blog ini. Dah sebulan rupanya aku posting. Macam tak percaya gitu...

Nampaknya beberapa hari ini aku dihujani soalan-soalan berkaitan dengan persediaan masuk DPA, yuran lah, etika pemakaian dan semua yang berkenaan. Maka, di celah-celah LLB nak tune kan diri dengan kerja ni, aku bercadang untuk membuat entri baru berkaitan dengan persediaan ke DPA. Tapi, ingat tau, ini pengalaman yang aku lalui, bukannya benda yang digunapakai sejak azali. Setiap batch akan berbeza gerak kerjanya. 

Kita mulakan dengan fasa persediaan ke DPA okay.

1) Banyak ke perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk masuk DPA dan masa dalam DPA?

Konsep masuk DPA ni macam korang masuk tempat belajar. Maka, ada yuran yang perlu dibayar masa mendaftarkan diri. Batch aku, kena bayar RM440 tunai masa mendaftar. Jumlah ni meliputi baju sukan, tanda nama dan kos-kos lain. Yuran ni akan dinyatakan dalam surat tawaran nanti. Maka, sempat korang prepare kewangan korang untuk bayar yuran ni. Jumlah ini adalah one-off.

Sepanjang DPA pula, korang akan dapat elaun. Dan dari elaun tu, kita akan dikehendaki untuk membayar duit penginapan sebanyak RM200, dan perlu jangkakan bayaran baju istiadat RM150, yuran MPP RM35 serta yuran sidang RM5. Bayaran selain asrama ni hasil perbincangan korang dengan MPP nanti, maka berbeza setiap batch. Ini adalah bayaran bulanan.

Maka, rancanglah perbelanjaan korang elok-elok. Janganlah grab manjang... hewhew


2) Saya kena prepare apa untuk masuk DPA? 

Sorry tau korang. Aku mungkin bikin korang konpius bila baca entri aku yang aku lebih kepada mempersiapkan mental berbanding fizikal untuk masuk DPA ni. Sebenarnya, aku juga persiapkan fizikal aku. Kan aku bilang aku bukan atlet. Kalau tak sedia apa-apa, tu namanya memang aku saja laa tu buang tebiat.

DPA ni lasak nokkkk! Setiap hari ada physical training (PT) dalam DPA-pagi dan petang. Boleh terkejut lemak-lemak kita ni kalau terus lenjan. So sebelum masuk DPA ni aku lebih kepada bina ketahanan badan dulu macam buat tekan tubi, jumping jacks dan yang seangkatan dengannya. Lari 2.4km tu ada buat jugak tapi aku memang tak minat lari, so larian ni bukan fokus utama aktiviti aku. Tapi, aku cadangkan korang train je diri korang 2.4km/15 minit ni. Pass larian ni, senang hidup korang.

Bila fizikal kita dah biasa, walaupun takde lah senang mana nak hadap PT, at least kita taklah cedera masa PT wajib tu. Kalau cedera, boleh kena buang tau. Okay, bukanlah buang. Tangguh pengajian. Goal prepare fizikal kat sini adalah nak bagi badan kita tak terkejut sangat. Ikut kemampuan dan keperluan masing-masing.


3) Boleh ke saya daftar lambat sebab yelah, saya kena bagi notis dekat company. Kalau tak, saya kena bayar ganti rugi.

Malangnya tidak boleh. Dia macam konsep take it or leave it. Gitu. Batch saya pun ada jugak kena ganti rugi sebab tak cukup tempoh notis. Kesian dengar tapi nak buat macam mana. Tapi, apa-apa pun korang tanya lah masa taklimat nanti untuk lebih kepastian dan kesahihan okay?


4) Pakaian pulak banyak mana kita nak sediakan ni sis?

Hahaha baik korang jangan tanya aku. Aku ni sejenis simple dan tak kisah sangat. So aku bawak baju kurung aku 10 helai je dengan sepasang lounge suit. Sungguh! Bila dah ada baju korporat, kurang dah sehari pakai baju kurung. Pakaian ni ikut korang lah nak bawak banyak mana. Yang penting cukup untuk kegunaan harian tu.

Kalau lelaki lagi senang. Baju kemeja putih lengan panjang setiap hari, tie je tukar-tukar warna. Fuhhh, aku jeles betul dengan lelaki kalau tang ini. Takyah nak fikir nak mix and match warna baju dan tudung. Warna tie tu boleh je warna biru, merah, coklat gelap. Jangan taram hot pink, kuning silau dan oren benderang pulak.

Khamis kan kena pakai batik. Ni paling penting, lelaki ke perempuan kena pastikan korang beli batik Malaysia, bukan batik Indonesia. Yang lelaki pun, kena pastikan pilih kemeja batik Malaysia lengan panjang, bukan batik yang viral tu. Kalau salah beli, jenuh laa nak keluarkan duit beli baju baru.

Jenis-jenis pakaian yang digunakan dalam DPA ni, korang boleh usha kat entri yang ni.


5) Apalagi yang perlu dibawak ke INTAN sis?

Selain bawak diri, aku memang nak pesan, bawak semangat lebih. Macam hambar kan? Hewhew. Jangan risau lah. Kalau dah sampai INTAN nanti, tiba-tiba rasa tak cukup barang, kita boleh tambah. Akan ada hujung minggu yang kita dapat pelepasan bermalam, itu pun kalau semua orang behave dan bertamadun lah. Panda mart dan grab delivery pun ada. So, jangan risau sangat. Semuanya akan cukup seiring waktu nanti. Hahaha. Dan ajaibnya, hari nak keluar asrama tu, beg siap beranak hmmmm... punyalah rasa tak cukup masa hari daftar tu.

Sedikit tips, kalau dapat INTAN Jalan Elmu, tak payahlah bawak barang banyak sebab ruang almari dia secoet jeee. Kalau INTAN Bukit Kiara at least ada ruang lebih jugak. 


6) Sis, bila taklimat DPA ni?

Uishhh jangan cemas. Aku pun tak tahu tarikh sebenar dia. Cuma masa aku dulu, tak silap aku dalam masa 14 hari dari tarikh keluar keputusan. Better korang datang lah masa taklimat ni. Tanya dan fahamkan apa-apa yang perlu.

Inilah peluang kita untuk memahami segala aspek yang akan mengubah hidup kita ni. Dari sinilah kau akan buat pertimbangan, wajar atau tidak kau kena bayar ganti rugi berhenti kerja swasta dan masuk kadet, berbaloi ke nak lepaskan gaji 4-5 ribu kau untuk elaun yang tak sampai separuh tu. Tak faham kau boleh terus tanya. Masa taklimat tu, ada wakil dari INTAN dan JPA untuk menjawab segala persoalan kau.


7) Lepas mendaftar, aktiviti kita terus bermula ke?

Benar sekali. Dari planters order (PO), kita akan digesa untuk menyarung baju PT. Masa batch aku, baju PT rasmi belum dapat lagi. Maka, sarunglah baju hitam, seluar hitam, tudung hitam serta kasut sukan. Ni nanti urusetia akan maklumkan baju warna apa yg akan digunakan. Semua kena seragam dan patuh okay!

All for one, one for all adalah mantra yang perlu diingat sepanjang 10 bulan dalam DPA. Sorang buat hal, semua dapat habuan. Sorang menyenangkan hati, semua dapat tempias. Untuk keselesaan diri, korang daftar awal, dapat rehat awal. Waktu pendaftaran jam 09:00 pagi -11:00 pagi, aku siap mendaftar jam 09:45 kalau tak silap. Dapat je bilik, aku angkut barang dan bammm, aku terus terdampar di atas katil. Aku kan orang jauh, penat bergerak tau. Lepas tu, alert laa, jam berapa nak berkumpul semua.

Dan, sejak hari pendaftaran tu jugak aku dah mula bawak laptop. Masa pergi GI tu, aku simpan je laa laptop dalam bagasi yang berkunci untuk keselamatan. Aku ni jauh kalau nak ulang-alik kalau tak bawak laptop terus. 

Haa, untuk yang nak buat persediaan GI pulak, boleh usha entri yang ni. Untuk kemudahan korang, korang pack siap-siap beg yang berbeza untuk ke GI dan yang kegunaan harian dalam DPA. Boleh nampak apa yang kurang sejak kat rumah dan takde laa penat sangat nak unpack dan repack barang untuk ke GI tu. Ke GI tu, aku bawak beg 30L je dan satu beg ikea untuk isi kasut dan baju basah. Alhamdulillah cukup je untuk 3H2M, siap ada balance baju bersih. Hewhew.

-

Phewww, kelihatannya macam panjang pulak nak sambung ke fasa semasa DPA dalam satu entri. Maka, entri ini nampaknya berfokus kepada persediaan ke DPA je lah. Entri seterusnya akan membawa anda ke fasa semasa DPA.

All the best korang yang dapat panggilan temuduga tu! Semoga ada rezeki untuk kalian.

Sekiranya ada pertanyaan lanjut, boleh email aku di syakinahmahfoz@gmail.com. Aku akan jawab ikut pengalaman aku lah. Bukan jawapan tepat dari orang yang menguruskan cadetship ni tau. Tapi, aku mintak maaf awal-awal, aku akan lambat respon sebab sekarang aku dalam fasa nak biasakan diri dengan kerja, so aku sedikit sibuk nak fahamkan gerak kerja aku tu. Yeah...

Okay.
Take care.
Patuhi SOP tau!

Be good, do good, stay good.

No comments:

Post a Comment