Sunday, October 11, 2015

SEOUL LAND: TEMPAT KEGILAAN

안녕하세요!!

Ohhoooii, guwa masih trauma lagi ni. Sakit sakit badan. Sebab sebab...guwa seronok semalam menggila bersama partners in crime kat Seoul Land, one of the popular theme park in Seoul. Hoyeahhh!


Bila Khamis, Lokman bertanya ke mana hala tuju kami hujung minggu ni, aku dengan bangganya menyebut; " Jom Seoul Land. Line 4." HAHAHA. Aku kan... suka buang masa macam tu. Dan diorang sudi meneman aku membuang masa di situ.

Tapi tapi, pagi pagi hujan. Risau dah. Risau plan terpaksa dibatalkan. Aku menyakinkan diorang yang hujan akan berhenti jugak. Tapi, percayalah yang Kookmin-sayang ni lambat pun sebab hujan (baca terlambat) sebab rupanya tempat ni jauh dari Gireum Station, walaupun Line 4 jugak. Kira kira 40 minit dari situ. Huhu.. Kesian Lokman dan Afiq yang datang dari jauh, tunggu hampir dua jam kat Seoul Grand Park Station (SGP Stn).

Nasib mereka cool, walaupun mereka menganjing secara berjemaah. Takpelah, salah kitorang memangnya. Dari SGP Stn, ingatkan terus jumpa pintu masuk Seoul Land. Rupanya, menapak lagi 1 km. Kau rasa? Nasib le, hari tak panas. Sejuk, suhu 13 darjah celcius. Cuaca pulak kejap hujan, kejap teduh. Menduga badan betul. Dek kerana nak berjimat kononnya, tak nak naik Elephant Ride yang tiketnya cuma berharga 1000 won sehala. Gigih menapak sampai depan kaunter tiket. Rasa teruja meningkat ke level 100! Yeahaa!

Ada kupon diskaun untuk tiket, bolehlah cerita kami pergi Seoul Land.
Cantik sungguh pemandangan depan depan pintu masuk ni.
Nak declare perasaan kat seseorang di sini pun sesuai jugak. Hehehe.
Kookmin-sayangs bak kata Lokman.
Lokman dan Afiq yang menganjing kami secara berjemaah.
Theme park, tak sah laa kalau tak naik roller coaster dan haiwan seangkatan dengannya. Apalagi, kami berenam (baca berlima) mencuba lah segalanya. Bila naik haiwan haiwan ni semua, barulah aku sedar yang aku takut tinggi. Kohkoh. Serius selama ni aku tak tahu pun. Diorang dok menjerit jerit masa bersiar siar di udara setiap kali kitorang naik haiwan haiwan gila ni selama 3 minit. Aku? Pejam mata atas tu pikir aku tengah tidur ada angin kuat. Jadi aku takde laa jerit sangat. Hahaha.

Semua haiwan yang aku naik, semua aku buat benda yang sama. Pejam mata. Mengucap banyak banyak. Genggam palang besi kuat kuat. Kalau tiba tiba rasa nak jerit, jerit la. Diorang berlima gelak kat aku pun, tak kesah lah. Suruh aku bukak mata pun, aku buat tak kesah jugak. Yang penting, aku boleh cakap kat orang yang aku dah naik semua benda tu. Hahaha. Tapi aku enjoy setiap momen, setiap saat kitorang bersama menggila. Gelak kuat kuat kat orang sebab takde orang faham apa yang kitorang cakap.

Setiap kali aku naik haiwan haiwan ni, situasi selepas nya adalah sama. Aku akan senyap, sebab trauma. Beberapa minit lepas tu baru boleh bercakap. Hahaha.

Gambar atas (sebelum)
Gambar bawah (sebelum)
.
Keadaan semasa kami menggila bersama.

Tapi, aku enjoy setiap momen di sini. Entah. Kat sini rasa kami lebih rapat. Lebih senang bergurau senda. Mungkin aku je yang rasa. Aku akan rindu kenangan kami di sini.

Sebelum balik kami sempat pergi makan di kawasan Konkuk University, Exit 5. Ni Pong Na Pong Restaurant. Lokman kata sedap. Kompem puas hati. Dan, hasilnya, memang superb. Sedap bak anggg...

24 000 won untuk 4 orang makan. Sedap sungguh. Tak tipu!

Lepas makan, Lokman dan Afiq bawak kami ke satu kedai jual biskut. Murah gila. Paling best, aku jumpa biskut dari Malaysia yang ada tanda halal Jakim. Huwaa, syahdu guwa rasa. Aku borong sampai 10 000 won sambil menyesal bila teringat aku dah beli biskut 6 peket kecil dengan harga 10 000 won jugak kat kedai bawah dorm. Huh.


Kedai jual biskut tu.
Lepas borong, Lokman dan Afiq hantar kami sampai stesen subway terdekat. Uni Afiq terletak di seberang jalan je. Malam tu, Lokman tumpang tidur Sejong Univ. di bilik Afiq. Dan, berakhirlah cerita kami haritu sambil menyeru Afiq untuk merancang plan seterusnya.


Alliance kita bermula pada 5 September 2015. Plan pertama ke Itaewon dan Namsan Tower.
Lepas tu, mana kita nak pergi kita pergi.
Semoga alliance ini tak akan terputus.
Sumpah, aku sayang korang!
Dah.
Babai.
Guwa nak rewind balik saat kita bersiar siar di udara.

No comments:

Post a Comment