Friday, October 2, 2015

ITAEWON (Lagi), INSADONG DAN LOTTE WORLD

안녕하세요!!

28 September 2015.

Harini hari last perjalanan Tasha di Seoul. Jadi, aku mempersiapkan diri untuk menemani dia menikmati keseronokan di sini. Seperti yang dirancang, kami berdua akan berjumpa dengan Lokman di Itaewon. Selepas itu, baru kami akan rancang ke mana hala tuju kami.

Gigih pukul 9 kami menapak untuk ke Gireum Station semata tak nak lambat sampai. Sekali sampai sana, cisss... Lokman masih dengan 2 stesen dia. Hahaha. Menunggu punya tunggu dalam pukul 10 jugak laa baru Lokman tunjuk muka. Nasib dia kata, dia lapar. Tak jadi aku nak marah. Aku tak sampai hati nak marah orang lapar ni...kang kena balik. Kekeke.

Kami ni berjalan pun masih dalam suasana cuti Chuseok Day, maka majoriti kedai memang tutup. First taim tengok jalan raya, kedai kedai lenggang takde orang. Dan, tragis untuk kami jugak takde kedai halal yang bukak kat Itaewon masa tu melainkan kedai kebab Turki sahaja. Sob sob.

Buat makan tengahari sekali. 9 900 won.
Lepas tu, kami merancang ke Lotte World. Sebenarnya, aku dan Tasha yang rancang terlebih dahulu tanpa pengetahuan Man. Dan, apabila kami bertanya meminta persetujuan, terpaksalah dia bersetuju. Hahaha. Tapi, disebabkan nak dapatkan tiket yang super murah, kami putuskan untuk ke sana pukul 4 petang. Kira half-day ticket laa... Kalau masuk pagi pagi buta, tiket berharga 40 000 won, kalau pukul 4 petang, tiket jadi 33 000 won. Plus kalau beli online, dapat potongan setengah harga. 33 000 won jadi 15 000 won. Oke laa kan?

Maka, sebelum ke Lotte World, Lokman ajak ke Insadong. Nak tunai janji bawak makan bingsu walaupun, janji sebenarnya aku rasa nak belanja makan bingsu. Hahaha. Bingsu dalam bahasa Korea bermaksud ais yang cair. Memang sedap kalau makan taim musim panas Tapi aku even dah hujung hujung summer dan awal fall, aku tetap rasa benda ni sedap dimakan bila bila masa. Muahaha. 

Sambil sambil tu kami cuci mata jalan jalan di sepanjang jalan Insadong (Exit 6). Banyak kedai untuk mencuci mata woo. Banyak kedai cenderamata, kedai baju. Kedai makan jangan cakap laa. Seronok kalau nak buang masa seharian di situ.


Hand made tau aksesori ni.
Gerai gula gula bermacam versi.
Aksesori lagi.
Peralatan rumah.
Gerai makanan. Sedapnya...
Tau tak ni apa? Ni babi penyekk. Huhu
Isi kerang bakar. Nampak sedap.
Kalau boleh makan, dah lama guwa sebat. Hahaha.
Kegigihan seorang pakwe mencari duit untuk tampung belanja si makwe. Hehehe.
Setelah penat berjalan, dari hujung ke hujung siap pusing balik, akhirnya kami pergi makan bingsu. Hoyeahh!!

Fruit Bingsu yang super sedap. 14 000 won untuk 2 orang makan.
Bukti gigih kami mengokak bingsu ni tanpa mempedulikan Lokman.
Masih terlalu awal untuk kami terus pergi ke Lotte World. Masih ada 2 jam lagi. Jadi, cadangnya pergi ke Olympic Park dulu. Bukan senang nak jumpa Tasha kan... Tapi, manusia hanya mampu merancang. Kami kehilangan arah tujuan sebab leka berbual dalam subway. Kahkah. Leceh oiii nak patah balik kalau dah terlepas ni. Lebih baik kami terus ke Lotte World, yang bisa diakses melalui Jamsil Station, Exit 4.


Harga tiket Lotte World
Typical Malaysian yang suka ambil gambar kaki.
Lotte World, salah satu taman tema yang terkenal di Korea. Pernah menjadi tempat rakaman Running Man, episode Gumiho terutamanya. Seronok sungguh kalau nak happy release tension dengan kawan kawan semua. Tapi, kalau betul betul nak enjoy setiap permainan, baik lah pergi pagi pagi. Nak tahu tak, kami masuk pukul 4 petang tu pun, sehingga jam 9 malam, cuma dapat main 2 permainan sahaja dengan kadar masa beratur tu 1 jam. Jenuh...patut laa murah. Sebab ramai orang sungguh.
 
Cantik sungguh.

Depan pintu masuk Magic Land, Lotte World.
Lotte World Adventure yang banyak tingkat.

Indoor. Jangan risau kalau hujan ke apa.
Kami punyalah gigih menunggu sampai malam kat sini. Sebab apa? Sebab ada parade atau perarakan bertemakan Let's Dream. Dah macam budak budak kitorang bertiga kat sini. Hahaha. Nah, biar gambar berbicara. Ecewahh...









 
Mungkin kami pun macam budak budak, maka budak Korea ni suka duduk dengan kami. Hahaha.

Hasilnya, mak budak tadi belanja kami ni dua batang sebab kami jaga anak dia
Alhamdulillah, seronok kami sepanjang hari. Walaupun penat, walaupun trauma dengan tragedi "nyawa tertinggal di atas" bila naik Bungee Jump, kami dapat meluangkan masa bersama. Bagi aku, seronok dapat teman Tasha jalan jalan Seoul. Kalau ada rezeki, aku nak ke Busan/Daegu pulak. Jauh perjalanan luas pandangan kan? 

Tasha, guwa dan Lokman
 Aku hargai saat ni. Terima kasih gaiss. 

Dah.
Babai.
Nak tidur ni, lepas pomen pomen laptop.

4 comments:

  1. salam... macam mana nak dapatkan diskaun tiket lotte world lepas pukul 4 ptg tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam . hai . tiket diskaun tu perlu dibeli secara online di laman web lotte world . bayar dan screenshot segala detail , tunjuk di kaunter . tapi tahun 2016 ni tak tahu lah tiket diskaun ni masih valid atau tidak

      Delete
  2. salam sis.
    kalau nak yang 40,000 won yang masuk pagi buta tu, kalau beli online still dapat diskaun separuh harga ke? Tempat ni aku dalam wish list aku.. emm maksud saya dalam wishlist saya. Ehem..
    TQ sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam sis.
      selamat menjelajah tempat yang super besar ini . Kahkah. Aku ... eh saya , dah tolong sis check kan harga tiket tu , tp nampaknya macam takde tanda tanda dia bagi half price . mungkin dia tak publish lagi . nanti sis boleh mintak tolong korean buddy sis untuk belikan tiket tu ye .
      enjoy your days awak :)

      Delete