Monday, October 5, 2015

OLYMPIC PARK

안녕하세요!!

Memandangkan aku kaki jalan, tak boleh duduk diam dalam bilik bila hujung minggu, tambah pulak kawan kawan aku tak berapa rajin nak teman aku minggu ni... Fine! Iolls gigih pi cari tempat jalan sorang. Iolls pilih Olympic Park, Seoul sebab Lokman dah pergi tempat ni. Jadi, aku nak pi check jugak park ni. Lagipun, masa nak pi dengan Tasha tu pun tak sempat.

Sejarahnya Olympic Park ni kat Korea adalah untuk 1988 Seoul Olympic. Dah namanya untuk olimpik, dapat tak gambaran betapa besarnya park ni. Ada Olympic Indoor Swimming Pool, Velodrome, Olympic Gymnastic Arena, Olympic Weight Lifting Arena dan sebagainya. Sungguh besar venue tu dan setiap satunya bersaiz olimpik. Pehh! Nak tunjuk yang park ni lagi besar, venue venue kejohanan tidak terletak setempat. Bersepah sepah hoiii... 

Walaupun park ni tempat rasmi Olympic Games, rakyat Korea dan pelancong macam aku ni bebas menikmati keindahan alam dan tempat menarik di park ini. Kalau ikut laman web Korea Tourism, nak habiskan melawat setiap tempat ni paling koman pun 3 jam, itu pun kalau tak sesat. Hahaha. Memandangkan aku ada banyak masa, maka aku tak kesah pun kalau sesat. Kehkeh, cakap besar. Bila godek godek laman web tu, ternampaklah satu cadangan kalau kita ke Olympic Park.

Gu-gyung Stamp Tour yang merangkumi 9 tempat menarik di situ. Cap kan setiap stamp dalam kawasan tu, dan jika penuh akan dapat poskad menarik!

Maknanya, aku ada sudah misi sendiri. Yeay!  Gigih aku teruja sengsorang tau...

Aku masuk dari pintu Olympic Park Station, Exit 5. Maka, akan jumpa benda ni.
Ada 2 routes untuk selesaikan misi Gu-gyung Stamp Tour. Jadi aku pilih untuk mula dan selesaikan misi aku kat tempat yang paling dekat dengan pintu masuk Olympic Park Station ni. 

1) Roze Plaza: The perfect spot to propose in Seoul.


Roze Plaza ada 12 jenis bunga mawar yang dinamakan sempena nama 12 Olympus gods. Tapi aku kisah apa. Sebab bunga bunga tu sendiri dah cantik, terlampau memukau perasaan aku. Jadi, nama nama tu tak masuk dalam kepala dah. Tiba tiba jugak hati aku berbunga bunga sambil berangan nak ajak someone datang sini. Hahaha. Tapi, kalau aku tunjuk gambar ni kat ibu, mesti ibu kata kat rumah mak nya'ie pun ada. Ye lah, kampung aku tu pun halaman dia dah macam kebun bunga. Dan bunga bunga ni memang ada pun kat dalam kebung tu. Hahaha.






A Virtual Sphere. Sekeliling dia ni lah yang ada 12 mawar yang diletakkan nama tuhan Olympus ni. Tapi, sebab kamera guwa tak berapa cantik, guwa simpan pemandangan tu dalam memori ja.
 2) Deulggod Maru (Flower Garden): A garden in the middle of a city.


Masih bunga lagi. Tapi cantik jugak kat sini. Bunga bunga dia ni berbeza ikut musim. Sebab aku datang bulan Oktober kan, jadi bunga dia masa ni adalah the spiny spiderflower, sunflower dan yellow cosmos. Aku rasa bunga bunga ni dipilih sebab tahan angin kot... agaknya lah. malas nak research. Huhu.

Gigih nak ambek gambar macam scene kat atas tu.
#Me at Yellow Cosmos Field
Yellow Cosmos.
The Spiny Spiderflower.
Seronoklah jalan jalan cuci mata tengok ciptaan Tuhan. Kat Malaysia aku takde masa nak buat macam ni. Aktiviti kolej, aktiviti persatuan hampir setiap malam dan hujung minggu.


3)  Lake 88: A romantic spot.


Pelangi dalam biasan air.
Tasik ni cantik walupun tasik buatan. Kat tasik ini, selalunya ada orang buat persembahan setiap Selasa hingga Jumaat dan Sabtu terakhir setiap bulan.

Tasik ni adalah tempat terakhir yang aku tuju sebab berdekatan dengan pintu Olympic Park Station. Jadi, untuk memudahkan aku dan menjimatkan masa, tempat ni diletakkan dalam senarai terakhir tempat harus tuju. Tu yang tak mampu nak carut lebih, sebab dah penat. Dan, aku cuma nampak air pancut tu je yang lebih cantik.

4) A Lone Tree: Blue Skies, extensive fields a resting space in my heart.


A Lone Tree.
Takde pokok lain yang berdekatan dengan dia ni. Memang saje diorang letak pokok ni sengsorang. Sebab, masa persediaan untuk 86 Asian Games dan 88 Olympic Games, pokok pokok yang tak cantik dan pendek semua ditebang. Jadi, pokok ni kira cantik dan tinggi lah masa tu. Kesian dia sengsorang kat situ...

Pokok ni jadi tempat femes untuk orang shoot wedding photos or pre-wedding photos. Banyak je taim aku pi ni diorang buat shooting. Ni menguatkan lagi keinginan aku nak ajak someone tu datang sini. Hahaha.

5) Mongchontoseong Trail: A dreamlike paths.



Mongchontoseong Trail adalah kawasan sejarah yang diwartakan pada 22 Julai 1982. Kawasan ni dibina oleh masyarakat Baekje yang merangkumi kawasan istana dan kawasan Sungnae Stream yang terletaknya Lake 88. Besar, tinggi atas bukit, jauh.
Pemandangan Peace Plaza dari trail ni


Kat kawasan ini ada Seoul Bakjae Museum yang menceritakan sejarah Mongchontoseong Trail. Daripada masyarakat dia, pemerintahan dia, hinggalah artifak, jenis kayu yang ada masa zaman Bakjae people ni semua dia cerita. Tak rugi pun masuk sebab percuma je. Huhu.

6) Communication: Only way "you and I" become "us"


Sejarahnya tugu ni adalah pasal kembar yang asyik bergaduh setiap hari sampai jadi benci. Diorang benci bercakap sesama sendiri dan tuhan amek penglihatan mereka.

Communication
Sebagai lambang kepada Olympic Games, tugu ni merujuk kepada pentingnya komunikasi kepada setiap manusia di dunia walaupun berbeza bahasa, keadaan, tempat dan sebagainya.

7) Mongchon Moat Music Fountain


Ini pun masih dalam kawasan pada zaman Bakjae jugak. Kawasan ni adalah kawasan pertahanan diorang dari ancaman musuh. Kawasan ni terletak di sebalik dinding istana. 
 


8) A Thumb.


Hanya ada 7 ibu jari besar di dunia ni dan salah satunya adalah di Olympic Park, Seoul, Korea.
Korea's Thumb.
9) The World Peace Gate


Kawasan yang paling terkenal berbanding kawasan lain dalam Olympic Park ni. Running Man pun pernah buat pengambaran kat sini untuk scene pembukaan Episod Running Olympic 1 kalau tak silap. (Bukan Running Olympic yang sukan ais tu). 

Ni dia gate tu.
Flame of Peace.
Tugu ni dibina sebagai simbolik kepada keinginan dan kemahuan rakyat Korea bersempena dengan 88 Olympic Games.


Olympic Movement Monument.
Malaysia.
Flag Plaza


Penerangan mengenai Flag Plaza
Typical Malaysian yang akan gigih mencari bendera Malaysia dalam kalangan bendera tu.
Maka, Stamp Tour aku telah berjaya diselasaikan dengan jayanya. Sendirian. Seronok betul jalan cuci mata. Aku rasa dah macam buat misi Running Man pulak. Kalau lahh aku ada GoPro ke Yi Cam ke, mesti lengkap sungguh fefeling Song Ji Hyo masa tu. Hahaha. Jadi, sebagai penghargaan, aku belanja diri aku makan.
Nasi Tuna Mayonis
Odeng! Forever love.
Sebelum balik, sempat lah singgah Seoul Olympic Museum. Kat sini dia ceritalah pasal sejarah penglibatan Korea dalam olimpik. Siapa penyumbang pingat cam tu laa... Banyak sangat muzium kat dalam ni, sampai aku tak terlayan nak masuk.


Yonggo, gendang tradisi yang digunakan masa perasmian 88' Olympic Games.
Selcam with Hodori, Seoul Olympic Mascot.


Rasa puas hati berjalan sendiri. Senang. Walaupun banyak tempat tak dapat tuju dalam park ni sebab aku rasa macam sama je semua, aku suka.

Cari tong ni kalau nak dapat hadiah
Poskad hadiah!
Muka beria sebab dah selesai misi.
 Seperti mana kau habiskan misi harini sorang sorang,
habiskan jugak misi hidup kau sorang sorang.

Aku nak plan ke tempat lain pulak.
Dah.
Babai

No comments:

Post a Comment