Thursday, June 25, 2015

RINDU




(dedikasi khas untuk IRians)

Aku budak baru,
Susah nak adaptasi keadaan,
Korang yang aku tak tahu,
Memang aku tak layan.

Satu sem telah pun berlalu,
Tapi aku masih kaku,
Payah rasa bergurau senda dengan kamu,
Lebih baik aku duduk membisu.

Aku benci dengar JM wajib untuk kita,
Aku homesick nak balik rumah setiap masa,
Rupanya itu permulaan untuk aku dapat keluarga,
Yang takde ikatan melainkan ukhwah semata.

Kini kita bakal jadi senior,
Terasa sayang dengan kalian semua,
Jangan kau buli si junior-junior,
Biarkan mereka lalui apa yang kita rasa.

Dalam hati ini sudah ada ruang untukmu,
Yang kalau gaduh pun tak jadi dendam,
Mungkin akan bertambah rindu,
Yang boleh terbawa dalam mimpi-mimpi malam.

Aku dah mula rindu "kita". :)

:: kclyanasm. 20:47 - 25/6 ::

JM itu punca,

Untuk kita mencipta bahagia,

Kerana kau dan aku mungkin sama,

Yang mulanya sukar menyemai rasa,

Tapi akhirnya kini menggila bersama.

Rindu.
Jangan lupa aku.
Babai.

No comments:

Post a Comment