Saturday, June 13, 2015

KERANA KAU YANG AKU RINDU

(Dedikasi khas untuk #TujuhSekawanyangDigeruni)

Kau yang aku rindu,
Kapan waktunya kita bisa bertemu,
Menyambung cerita seperti dalam buku,
Yang tak akan tamat seperti cerita hantu.

Kau yang aku rindu,
Teringat sewaktu kita hendak pilih u,
Semua simpan angan ke obesi menuntut ilmu,
Tapi sampai masanya, tercampak di KL pun boleh menangis tanpa lagu.
( Dan aku tahu, itu cuma aku)

Kau yang aku rindu,
Andai orang lain yang kata macam tu,
Akan aku bagi peluk cium untuk itu,
Tapi kerana kau yang aku rindu, carutan-carutan manja aku simpan untukmu.

Kau yang aku rindu,
Aku mahu kau tahu,
Dalam hati ini ada tempat untukmu,
Yang tak akan terhapus ditiup angin lalu.

Kau yang aku rindu,
Terpisah jarak beribu batu,
Tapi ada satu yang perlu kau tahu,
Aku masih, terus dan tetap sayang sama kamu.

- KC –
- 12/6, 20:15 –

No comments:

Post a Comment