Saturday, May 7, 2016

Family Day Second Year IR [part 2]

안녕하세요!!

Rasa tak lengkap pulak kalau aku tak share gambar IRians pi PD haritu. Rasa tak cukup pulak aku nak share kegembiraan aku dengan engkorang. Mana-mana yang bakal jadi junior jabatan aku nanti, boleh ambil ni sebagai inspirasi untuk create bonding antara kalian ye. Ececeh. Gambar-gambar ni dari kamera Alvin. Enjoy yaa! Kahkah.

29 & 30 APRIL 2016 || PORT DICKSON
IRians Second Year Family Day.

Every great picture have a scene before it.
Untuk dapatkan gambar seperti ini.
Ataupun gambar seperti ini.
Bekerjasama untuk ber-bbq malam nanti
Saja nak tunjuk aku rajin ^^
Diorang pun rajin jugak walaupun Amir katanya first time masuk dapur. Kahkah!
Padahal nak buat makan-makan 13 orang, kecoh macam nak buat kenduri setaman. Tp takpe, aku suka ^^
Antara bakal bakal senior engkorang. (Untuk bakal junior jabatan)

Tasha (Presiden Jabatan) dan Baini (ahli GNC-Fakulti)
Ketua-ketua geng gosip aku.
Tu yang acah-acah ketawa beso tuu Lokman. Abang suksis yang sekali dia tembak kau dengan soalan taim presentation, habis kelas kau rasa nak pi terajang dia. Alaa, gurau je Man!
oke laa, Man ni bapak segala geng gosip. Kahkah!
Michael/ Mike. Budak kecik dalam batch.
Mak Ngah Lysa dan Pak Ngah Kamarul.
Ni laa yang nak dok London katanya. Ehem ehem...
Uri eonni, Park Do Ah. Gwiyowo !!
(kiri) : Amir yang dah sado dan lawak dia sekarang dah tak hambar lagi.
Alvin yang senget sampai rasa nak tendang dia banyak kali.
Fairuz, abang special batch kami. Budak sukan SEA ni! Jangan main-main.
Yang bertudung merah tu, Inne.
Yang selalu kena kacau dengan aku masa sem 1. Sekarang dia dah aman, sebab takde kelas yang sama. Hahaha
Ni pulak Amirul, co-chef yang bagi kitorang tak kebulur tengahari semata nak kosongkan perut untuk malam.
Welcome to the beach, bij gaiss !!

Biar gambar berbicara. Gituu...
Seperti pantai ini kami je yang ada.
Main ligan air pun syok taim ni.
Ligan air...hmmmm rindu orang lain pulak dah!
Aku memang berbakat jadi buaya (baca: boya)
Brader-brader yang acah-acah sado bersedia memulakan bbq untuk isi perut anak-anak buaya yang kelaparan lepas main air. Paling penting, gambo lu! Buat bukti.
Hmmm, kenapa aku nampak bara lagi banyak dari ayam?
Mereka je yang sudi dok luar sementelah yang lain mencekik makan di dalam.
Ni laa ketua tang mengokak makanan!
Mana tak nya, banyak makanan ni...
Punya aku sedap mengokak ayam dan steamboat tanpa peduli orang kiri kanan, aku nampak Lokman terlentok atas meja. Dia kata dia sakit kepala. Mungkin sebab mandi pantai dalam hujan atau penat drive. Aku tak bawak panadol sambil dalam hati kata; "Lain kali kena bawak panadol walaupun berjalan sekejap."

Baini beria concern pasal Lokman. Tak lama lepas tu, Lokman jatuh masa amek air kat dapur. Elok je dia tergolek kat tengah laman. Kelam kabut le semua orang. Bawak dia masuk bilik, sebelum Tasha simbah air kat muka Lokman..

Taraa!
Galak betul si Baini gelak. Dia kata tu balasan kami berdua kenakan dia masa birthday dia kat Korea. Kata dia, kami kenakan dia lagi teruk. Tapi aku rasa biasa je. Ala gurau gurau manja pagi raya! Hahaha. Terima kasih kalian untuk plan yang memang hampeh punya aku boleh tak perasan... Padahal diorang dok berbincang depan aku haritu.

Selepas Tasha puas mendebik Lokman dan Amir
Jinjaa gomawo for this memory gaiss!
Kek istimewa oren vanila yang seberat 1.5kg
(sebab kononnya I dengan Tasha tak makan coklat, padahal kami kekah je)

Seronok dapat luang masa macam ni.
Aku bersyukur kenal engkorang sepanjang aku ada kat UM. Aku mintak maaf le sebab aku acah acah malu katak masa awal awal sem. Hahaha. Terima kasih sebab sudi approve aku sebagai salah seorang IRians batch ni. Huhu. 

Muah cikedddd !
Oke.
Babai.
Nak fokus dengan kes guaman perolehan wilayah Isnin nanti. Ishhh diorang ni, bergaduh tu tak yah libatkan aku! Buat pening aku je nak hadap law.

No comments:

Post a Comment