Tuesday, May 24, 2016

Yang Namanya ...

Kahkah. Tajuk agak win. Sebab laa ni aku sedang mengalami transformasi otak. Mungkin sebab sel-sel otak aku kembali berhubung, tu yang macam nak marah orang tak tentu pasal.

Entah, rasa dikhianati itu tinggi buat masa sekarang. Aku perlukan masa untuk hadam situasi sekarang ni sepenuhnya. Aku perlukan ruang untuk aku kembali berperasaan dan berperwatakan normal. Am I too dumb to understand this? Am I so called naive or innocent to realize anything? Wahh! Ku tabur cinta, tahi kau bagi. Gitu.

I love you and i guess you will love me back. But, nope! Aku dipermainkan hidup-hidup. I believe and hope yang our friendship will last forever, like my other friendship with my other friends. Tapi tulah... Orang tua pesan; suka suka lama lama dapat duka. Kan dah merana. Nasib laa aku jenis tak berduka lara. Lantak kau lah! Tapi, tetap terfikir jugak...

Fahami lah yang persahabatan sebenar itu tidak perlukan jaminan harta benda tetapi cukup mengeratkan hati-hati yang dimaksudkan. Persahabatan yang jujur juga tidak perlukan skema pemarkahan khusus untuk diberi gred A oleh hati-hati yang merasainya. Persahabatan itu wujud kerana di situlah letaknya kegembiraan sebagai pengganti keluarga yang jauh di mata dekat di hati. Persahabatan itu seharusnya murni bukan untuk kepentingan diri.

Kawan bagi. Say hi to Shiro!
Maybe i just too rely on somebody yang aku anggap kawan, then Tuhan cuba jauhkan aku dengan dia. Maybe jugak aku ada buat orang terasa hati dengan aku pasal aku lebihkan kawan ni, Tuhan balas balik kat aku. Hahahaha...dunia ni adil dengan caranya.

Yang namanya kawan tu, memang susah nak dicari ketika susah. 
Yang namanya kawan tu, bukan semata bergembira berparti cucuk bulan. 
Yang namanya kawan tu, saling menyokong walau betapa rabaknya kau di mata orang lain.
Yang namanya kawan tu, susah... susah nak diterangkan.
Kerana hanya yang merasai betapa murninya persahabatan itu sahaja akan dapat menikmati manisnya berkawan.

You know who you are.
Terima kasih kawan untuk ada di setiap sisi hidup aku.
Terima kasih kawan untuk terima diri ini dalam hidup kau.
Terima kasih kawan kerana mengaku kawan di saat aku susah.
Maaf untuk segala sikap aku yang berlawanan daripada definisi kawan yang aku sendiri gariskan.

Selamat sejahtera geng.
Semoga esok lebih indah dengan ukiran cerita sendiri.
I am too bad to sad. Hmmm...

No comments:

Post a Comment