Sunday, January 10, 2016

Azam 2016 Katanya

안녕하세요!!

Memandangkan aku kebosanan tak tahu nak buat apa tersadai di negara orang sehingga boleh mengundang jeles di hati orang lain kerajinan aku melimpah ruah dan idea mencurah curah untuk menulis, aku terasa nak menulis pasal azam aku untuk tahun ni. Azam...apa yang aku faham tentang azam ni, kira matlamat aku lah kan. Sama ada jangka panjang atau jangka pendek. Aku punya sukalah nak definisikan macam mana azam tu.

Azam jangka panjang pertama yang perlu aku capai dalam tempoh masa hingga 31 Disember 2016 adalah KURUS dengan berat 5+kg! Hahaha. Azam penting tu. Kau ingat senang ke nak hadap manusia yang kata;  "Eh! Dalam gambar aku tengok kau ni macam dah kurus sikit." Sedangkan dia sebenarnya nak cakap; "Hok aloh, ni tong gas bergerak ke apa?" Tercabar naluri kejantanan mak oiii mendengarnya. Maka, untuk kurus itu, aku menyediakan beberapa langkah. Tapi, macam takde je langkah tu. Haa kalau macam tu..takpe, kita KIV dulu langkah untuk kuruskan badan ni. Kohkoh. 

Azam jangka panjang kedua aku untuk tahun ni sampai aku mati adalah untuk membahagiakan ibu ayah aku. Aku belum kerja dan masih lagi mengais duit ptptn, aku belum mampu nak sediakan kemahuan duniawi mereka. Yang aku mampu adalah berbuat baik kepada mereka secara lebih telus, mendoakan mereka dan jadi lebih baik untuk mereka berbanding tahun tahun sebelumnya. Ya, baik tu subjektif. Jadi, aku akan cuba penuhi setiap perkara baik yang boleh memenuhi bahagian-bahagian subjektif tu. InsyaAllah.

Azam jangka panjang ketiga aku sampai 31 Disember 2016 jugak adalah nak kumpul duit untuk cucuk bintang tahun depan nya. Yeay! Tahun depan, kalau ikut perancangan dan dimudahkan rancangan itu, aku akan siap buat mini tesis atau latihan ilmiah untuk pastikan aku layak grad sebelum buat intern. Maka, selepas siap je mini tesis aku tu, aku nak pi bercuti. Tak kira. Kalau takde orang nak teman, aku nak pergi sorang. Tapi, rasanya macam tahu je aku nak angkut siapa. Hahaha. Aku terpedaya nak pergi Lombok. Cantik woii pantai dan pulau dia. Pedulikan kisah anak dara kena bawak lari kat situ. Yang nyata, ciptaan Tuhan kat situ memang cantik!

Pulau di Lombok - tenang je nampak.

Lepas tu, aku nak pergi jugak tempat cliche yang aku memang dah plan lama. Tapi asyik failed je rancangan tu. Krabi. Aku nak pergi Krabi. Cliche pun cliche laa. Aku tetap nak ke sini. Roze, jom?

Krabi yang memang cantik!
Semua ni akan berlaku lepas aku siap mini tesis. Maka, aku perlu kumpul duit. Doakan aku supaya tak terpedaya dengan barang-barang mangga (baca: epal). Kalau tak, plan ni akan ke laut lagi! Hahaha.

Azam jangka pendek aku senang je. Aku nak skor sem depan. Dah tiga sem aku ke laut woii. Rasa macam tak guna jugak masuk universiti yang hebat (orang kata lah, sedangkan aku rasa ... pfft!), kalau sekadar cukup makan. Walaupun kos aku boleh dikatakan taf, orang bukan tahu pun. Tak kan nak pi interbiu kerja nanti, aku nak kena cakap; "Tuan, kos saya ni paling susah dalam fakulti. Pensyarah saya strict sangat. Dia kata A untuk Tuhan, B untuk pensyarah, C untuk pelajar. Lepas tu, pensyarah saya kata ... bla bla bla... Sebab tu saya tak boleh skor dengan baik." Tak kan lah kan? Paling paling pun aku nak jugak lah transkrip aku nampak kacak. Hahaha. Kacak untuk aku pun dah cukup.

Siapalah si idiot yang malang tu.
Untuk bab ni, hahaha aku bersyukur yang makcik pakcik aku masih rasakan aku ni budak kecik lagi. Takdenya diorang bertanya soalan soalan merepek. Ibu ayah aku lagilah tahu anak dia yang sorang ni perangai macam apa. Memang jauh panggang dari api lah nak menyebut pasal ni. Bagusnya lahaiii...aman hidup aku. Lagipun, untuk plan hidup jangka panjang aku, memang aku seorang je mastermind untuk plan tu. Takde berdua ke bersepuluh ke, takde! Aku pun tak mahu fikir pasal ni sebab complicated laa. Hahaha. Bila tengok ada kawan kawan sekolah yang dah kahwin, dah tunang, nasib baik aku takde feeling nak buat benda sama tau. Mungkin kalau kawan sekelas ada yang kahwin dah, mungkin aku akan rasa dah tua kot. Hmmm

Tengok. Cerita pasal azam je. Tapi melalut entah ke mana. Kan nampak sangat tak matangnya tu. Keseluruhannya, aku berazam untuk menjadi lebih baik dari dulu dalam segala segi. Amin!

Oke.
Babai.
Aku nak senaraikan langkah untuk kurus.

No comments:

Post a Comment