Sunday, January 3, 2016

DEKAT-DEKAT TAK NAK JUMPA

안녕하세요 !!

Cuba teka, cuba teka. Siapa datang melawat aku minggu lepas? Haa, salah. Salah. Salah. Nak tahu siapa tak? Jeng..jeng..jeng

Dia adalah kawan gaduh masa zaman tak matang aku iaitu Zulhilmi Abdull Malik a.k.a ZAM a.k.a monitor lizard a.k.a buapak Sains1. Yeay! HAHAHA. Lama betul tak jumpa dia. Last seingat aku kitorang jumpa masa tahun 2012. Masa ambil result SPM. Malamnya, Papa Enal belanja KFC (rindunya zaman tu). Lepas tu, sn1_crew berpecah buat haluan masing masing termasuklah si kawan gaduh ni. Dia ambil asasi di Uniten dan terus sambung degree di tempat yang sama. Begitulah cerita kami sekelas yang boleh dikatakan galak bersuara dalam group whatsapp sahaja. Alhamdulillah ada jugak medium untuk kami bertanya khabar sesama sendiri terutamanya untuk aku yang ditatang bak puteri oleh ibu ayah aku. HUHU.

Dia mesej aku dalam awal bulan Oktober haritu, cakap dia dah beli tiket pergi balik KUL-ICN. Amboi, seronok aku dengar! Kebetulan pula kat Kookmin, ada satu hari tu aku disajikan dengan snow shower yang sangat lebat. Sampai memutih kat university tu. Haa, apalagi...aku umpan dia dengan gambar dan video salji yang murni-murni sahaja. Tak sabar laa budak tu. Tapi kesian, sepanjang Zul kat Korea, dia rasa snow flakes je! HAHAHA. Alaa, apa ada hal...Zul dah jumpa salji kat Australia dulu. Adil lah tu.

Dipendekkan cerita, pling! bulan Disember datang dengan penuh bahagia sekali. Sebab, aku habis exam dah oiii. Dah lapang kepala otak aku. 19hb Disember 2015 - Dia inform aku dia dah sampai ICN. Aku pulak tengah busy nak berpindah (baca: merempat) dari Kookmin Univ ke Sejong Univ. Aku cuma janji dengan dia untuk berjumpa dia di Sejong sahaja. 

Ahad (20hb Disember 2015), akhirnya, kami berjumpa. Fuhh! Nasib dia lelaki, aku buat gaya swag je. Taim tu, baru sedar yang kitorang memang dah lama tak jumpa. Budak kelas jeles laa apalagi... HAHAHA.

Gigih aku haplop kat ig tau. Kohkoh.

Zul datang dengan kawan dia, Faris. Diorang berdua bermalam di bilik Ihsan. Haa, punyalah tertulis kalau aku nak jumpa Zul di Korea tu, si Ihsan ni kawan Faris. Maka, senanglah urusan mereka di sini.

Guwa, Faris, Ihsan dan Zul.
Berjalanlah aku seharian bersama mereka ini. Aku rasa aku ni dah macam lelaki sekali dah. Ikut sama mereka berjalan, berjalan dan berjalan. Nasib aku jenis tak banyak cekadak. Jalan pun jalan lah. Yang penting jalan. 

Mula-mula pergi Bukchon Hanok Village (lagi untuk aku). Tapi, dek kerana 7000 won mahal untuk pakai hanbok, diorang ni sanggup tak pakai. Lagi bagus diorang rela berjalan sekeliling kampung. Berjimat betul. Hahaha. Masa aku pergi pun aku tak jalan keliling kampung kan? Maka, boleh jadi first time aku jugak di Bukchon Hanok Village masa tu. Lepas keliling kampung, bergerak ke istana pula.

Bersama mereka, akhirnya tercapai juga hasrat hati beta nak melawat tempat bersemayamnya Prince Crown Lee Gak yang kacak itu. Walaupun bukan tempat bersemayam sebenar, bolehlah buat ubat rindu. Kehkeh. Kami ke Gyeongbokgung. Tengok apa ada dalam tu. Sejuk sungguh masa tu. Air tasik pun beku. Kau rasa?

Rindu bukit belakang tu - Bukhansan.
Jambatan ke istana cinta kita. Eh?
Macam ada dalam scene Rooftop Prince. Lupa nama tempat ni.
Hangatkan badan dengan coklat!
Selesai berjemaah Zuhur sambil Zul dan Faris jamak Asar sekali, kami sambung jalan dalam istana tu. Gerak ke bahagian depan pulak. Tadi bahagian belakang.

Keadaan rakyat jelata yang menziarahi beta.

Selamat tinggal. Ada masa nanti beta datang lagi.
Sekali aku tenung, sekali dia jeling. Kerek punya pakgad!

Kami ke Gwanghamun Square pula yang terletak di hadapan pintu masuk utama Gyeongbokgung. GS ni dikelilingi dengan bangunan pentadbiran kerajaan. Laluan di situ agak sibuk. Kat situ ada statue femes King Sejong The Great yang kalau tak pergi bergambar, tak Korea lah namanya. Gitu... King Sejong paling terkenal dengan invasi tulisan Hanguk untuk memudahkan rakyat Korea membaca. Sebab dulu, hanya orang bijak pandai sahaja boleh membaca kerana semuanya dalam bahasa dan tulisan Cina.

Abjad Hanguk yang diukir di sisi tugu raja itu.
Bukti saya di Korea!
Walaupun masa tu memang sejuk, orang Korea tetap ramai kat kawasan tu. Macam pelancong pun ada jugak. Gigih ambil angin dan bersantai kat situ. Budak-budak kecik pulak bukak jumper masing-masing, main lamprit kat situ. Eh budak, tak tahu sejuk ke? 

Lepas tu, kami ke City Hall. Nak main ice skating katanya. Tapi, masing-masing takut jatuh. Dah tu, duduk lah terconggok tepi ring tengok ada pakcik buat skill depan aku. Tak guna betul nak menunjuk depan aku yang inesen ni. Lagipun, Rabu minggu tu jugak, diorang nak pi main ski kat mana entah. Ada jugak mereka ajak. Tapi, aku ada event dekat Kookmin masa tu. Takde rezeki nak ikut. Sebab dah rasa nak beku, konon-konon nak pergi cari kopi untuk panaskan badan. Berjalan punya jalan, eh! Sampai Namdaemun dah. Namdaemun yang sibuk dengan pasar panjang dia yang jual makanan, baju entah apa lagi - memang tak mampu nak habis pusing. Serrender awal jugaklah kami kat situ.

Open Ice Skating Ring di City Hall
Lepas tu, kami bergerak Dongdaemun pulak. Si Faris teringin sangat nak ke Dongdaemun Design Plaza yang bercirikan futuristik tu. Hok aloh, aku pun rasa macam first time jugak sampai situ. Sebab kami berjalan masuk dalam bangunan tu semua. Ya ampun, banyak kedai nyah oii. Sumpah rasa macam nak tercabut kaki kau rasa bila berjalan kat situ. Hahaha. Berpiknik kami kat luar DDP tu sambil makan coklat sementara nak tunggu Rose LED tu bernyala dengan cantik dan gemilangnya. Puas hatilah si Faris dapat tengok bangunan ala-ala masa depan tu.

Dah lapar tu, bergigihan kami mencari kedai makan area Dongdaemun. Berpandukan peta yang Faris ada, berjalanlah kami ke satu kawasan yang khabarnya ada kedai jual kebab, nasi arab semua tu. Bila sampai, hampa. Kedai tu dah takde. Dia umpama pantun dua kerat yang hambar; Perut lapar cari kedai, kedai takde. HAHAHAHAHA. Berpatah balik kitorang ke arah subway. Fuhh, tragis! Last-last, berdinner Shrimp Burger di Lotteria je laa gamaknya. Ohh, hari yang panjang untuk insan gagah seperti aku.

Seminggu Zul kat Korea, 2 kali je aku dapat luang masa dengan dia. Sekali, masa berjalan tu. Sekali lagi, sejam sebelum dia bergerak ke ICN untuk penerbangan pulang ke Malaysia. Haa laa, dia dah ada plan sendiri. Aku pun Isnin sampai Rabu menyemakkan diri ikut sama setelkan Malaysia's Mini Cultural Day kat Kookmin dengan teammates. Tak sempatnya jumpa.

Tapi, sungguh. Aku rasa super terharu dengan kedatangan budak ni. Yes, he is one of my sahabat! Sungguh baiknya Zul ni, hanya Allah yang mampu balas. Banyak yang dia buat sepanjang dia kat sini, buat aku fikir sendiri. Mampu ke aku jadi shiro kepada orang lain seperti mana yang aku angankan? Beria aku nak jadi shiro, orang lain jadi shiro untuk aku pulak.

Walaupun aku rasa agak marah tapi dalam masa yang sama aku rasa terharu. Biarlah apa yang aku ingat ni kekal dalam ingatan untuk aku kenang dan contohi sikap dia. Mungkin lepas ni, aku pulak yang akan lalui apa yang Zul nampak. Semoga aku dikurniakan hati sebaik dia.

Hai orang yang pernah jadi kawan gaduh,
Terima kasih banyak-banyak.
Sebab sudi jumpa aku kat sini.
Panjang umur,
Kita jumpa kat Malaysia pulak.

Kalau Zul tu perempuan, guwa syak guwa dah banjir on the spot jumpa kawan lama kat negara orang, walaupun secara luarannya guwa nampak gagah.

Oke.
Tak yah tacing.
Babai.

No comments:

Post a Comment