Monday, January 11, 2016

Pengajian Antarabangsa dan Strategik (Terobek Masa Interbiu)

안녕하세요!!

Musim peperiksaan di home university aku sudah sampai ke penghujungnya. Aku harapkan semua kosmet aku yang masih tinggal dapat survive ekjem mereka dengan baik. Aku alhamdulillah, disebabkan join exchange programme ni, sudah habis ekjem seawal 18hb Disember haritu, malah keputusan pun dah keluar seminggu selepas tu. Keputusan ekjem aku pun alhamdulillah setimpal dengan apa yang aku usahakan. Malu ahh nak sebut sebab nampak no tak cerdiknya aku. Hoho.

Aku takde kerja nak buat sejak menganggur, maka harini tergerak pulak nak terobek kos aku ni, Pengajian Antarabangsa dan Strategik (JPAS) atau bahasa budak FSSS panggil, IR. Yes, IR. Macam engineer gitu kan. IR boleh diklasifikasikan sebagai kos yang taf dalam Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Taf sebab subjek-subjek dalam kos tu dan juga taf sebab kau tak kan rasa kasih sayang pensyarah-pensyarah JPAS bila mereka menanda kertas jawapan peperiksaan kau melainkan kau memang menjawab soalan dan memenuhi kriteria jawapan yang diperlukan. Fuhh, aku yang tulis pun aku dah rasa taf! Sebab tu, bila mu sebut mu budak IR, budak jabatan lain akan "wooo" sambil menganjing kau. Aku terkecuali. Sebab, muka aku memang nampak sangat bukan budak IR tu. Aku menumpang kasih je dekat jabatan aku.

Laman web rasmi IR
Kenapa aku boleh mohon IR?
Padu bhaii soalan ni. Aku sejujurnya tak tahu kenapa aku dengan yakinnya meletakkan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya ni di pilihan pertama. Malah aku dengan yakinnya juga, pergi temuduga pada 25 April 2014 di Johor Bahru untuk kos ini. Sedangkan aku masa tu sejujurnya tak tahu pun IR ni pasal apa. Eh silap, aku sebenarnya tak tahu pun yang nama lain bagi pengajian antarabangsa adalah IR! Aku tahu nama IR ni pun beberapa minggu selepas MHS. I just know the basic - kos ni melibatkan hubungan antarabangsa antara negara. Aku punya yakin (baca: bengap) tu sampai aku tak terfikir nak cari subjek-subjek yang bakal aku belajar kalau aku dapat kos IR. 

Untuk persediaan interbiu, aku hanya baca buku PA dan berita-berita semasa sama ada dalam atau luar negara tanpa asas-asas lain yang boleh dijadikan bukti aku bakal pelajar IR. Taim tu, memang tengah hot dengan MH370. Memang aku follow dari awal sampai habis cerita tu. Rupanya, bila aku tanya kosmet aku sekarang ni apa yang diorang tahu pasal IR sebelum dapat tawaran, fulamakk memang diorang prepare untuk masuk IR. Memang diorang dah tahu nak buat apa dan macam mana kalau namanya IR ni. Malunya aku nyahh oii...

Masa interbiu aku buat apa?
Kalau aku cerita masa interbiu aku macam mana, mesti ada yang tak percaya. Aku dengan muka yakin kononnya, (padahal dalam hati risau jugak cuma masa tu langsung tak terfikir apa-apa pasal IR jadi tak rasa sangat) masuk bilik interbiu tu bertiga. Entah kenapa, sampai je turn aku nak interbiu, penemuduga tu suruh masuk berkumpulan. Mereka yang saing-saing aku tu budak sejarah dengan budak geografi. Hok aloh, diorang punya nak conquer interbiu tu, sampai aku pun terkujat-kujat tengok diorang bercakap. Tak bagi can langsung kat aku yang comel dan naif masa tu! Tapi, aku masih bagi tumpuan dan senyum bila mereka bercakap.

Bila dua orang penemuduga (Ketua Jabatan Ansos UM dan Dekan Akademi Pengajian Melayu, UM) mula bertanya kenapa aku pilih IR, aku jawab aku nak jadi PTD sambil menambah kalau ada rezeki, aku nak jadi Diplomat. Sebab, buat masa sekarang, jujur aku cakap aku hanya nampak kos ini sebagai platform untuk aku capai benda tu. Mungkin bila aku belajar nanti, peluang ke arah lain akan nampak lebih jelas. Sungguh, aku jawab macam tu!

Lepas tu, Dekan APM tanya aku soalan dalam bahasa inggeris. Aku jawab semampunya aku berspeaking berbekalkan MUET Band 3 aku. Habis je jawab, aku cepat-cepat mintak maaf dekat dekan tu sebab speaking aku teruk. Dekan tu gelak. Ketua Jabatan Ansos pulak kata yang aku bagus je masa jawab soalan tadi. Mungkin nak jaga hati aku. Ececeh. Cuma dia kata, yang aku perlu yakin masa nak speaking seperti mana aku yakin masa bertutur dalam bahasa kebangsaan.

Lagi nak buat cerita ni nampak tipu, penemuduga aku takde tanya apa-apa pun tentang IR. Takde sentuh apa-apa pun yang berkaitan dengan IR. Takde tanya pasal subjek yang bakal aku pelajari, takde sentuh pun pasal MH370. Tapi, budak geografi dan sejarah tu ditanya banyak soalan oleh Ketua Jabatan Ansos. See, nasib kan untuk aku? Tempias doa ibu ayah dan cikgu-cikgu aku banyak tolong aku masa permulaan untuk aku melangkah.

Pukul 7.30 pagi, aku dan ayah sampai tempat temuduga tu. Pukul 11 pagi, ayah aku dah tidur kat rumah. Masa interbiu tu, memang boleh aku katakan aku bernasib baik. Sangat bernasib baik. Malah, aku dengan yakinnya cakap dengan ibu ayah, jangan risau. Aku memang akan ke UM. (Sebab, aku tak mohon USM. Aku tak lepas ujian MEdSI. Aku tak dapat interbiu dari UKM dan UPM pun, apatah lagi UPSI) Aku siap beraya sakan lagi.

IRians batch 14/15
Menyesal tak ambil IR?
Hahaha. Soalan apakah ini? Siapa kita nak menyesal dengan apa yang Tuhan bagi sedangkan itulah yang kau usahakan walaupun tidak sepenuhnya faham? Aku bersyukur sebab dapat kos IR sebab paling koman, dapat bukak mata aku bahawa nak berjaya bukan mudah. Bukan pakai nasib macam zaman Form 6 dulu. Sungguh, untuk orang yang kurang rajin macam aku ni, nak cecah senarai dekan bukan mudah. Ditambah dengan pensyarah-pensyarah yang strict, kosmet-s yang memang mem-pulun habis. Memang rasa tekanan tu tinggi. Tapi aku percaya pada satu benda. Selagi aku dah usaha sehabis baik, apa-apa keputusan yang aku dapat adalah keputusan terbaik. Sebab tu aku tak kisah untuk ucap double tahniah untuk kawan-kawan yang hebat keputusannya daripada aku.

Sepanjang aku bergelar pelajar IR ni lah, aku belajar lebih banyak benda terutamanya untuk survive dan untuk bertoleransi. Kata IR berhadapan dengan manusia, maka toleransi itu penting. Sebab aku ada dalam IR ni lah aku dapat ke Korea.

IRians yang sentiasa happening!
Haa, aku tahu akan ada yang google cari persediaan untuk interbiu UM. Apa yang aku boleh katakan mengikut cerita-cerita kosmet-s aku, paling paling pun, kena tahu asas subjek yang ada dalam IR, nama ketua jabatan IR dan berita-berita semasa. Untuk tahu lebih lanjut pasal IR, adalah lebih baik engkorang tengok laman web rasmi IR yang baru diperbaharui ni. Tang subjek dalam IR pulak, boleh tengok Proforma IR ni. 

Paling aku nak kata, jangan ikut macam aku buat! Hahaha.

Oke.
Babai.


Update: Sudi-sudikanlah follow Road to PTD kina kat sini. Semoga dengan berkat doa kalian, aku dapat grad dengan jayanya.

9 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Macam.mana sg nak contact akak..
    Nak tya ttg kos ir ni..
    Macam best je..
    Hati tgh celaru nak pilih bidang apa
    Please🙏🙏🙏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Hai.
      Boleh add akak di fb, Syakinah Mahfoz. (https://www.facebook.com/kc.lyanasm)
      Mana yang akak mampu tolong dan jawab, akak jawab. :)

      Delete
  2. assalamualaikum akak, nak tanya untuk kos ni... ada ke untuk diploma? kalau ada apa requirement/kriteria untuk kos ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepanjang tahunya akak, kos ni tiada peringkat diploma. hanya degree sahaja.

      Delete
  3. Assalamualaikum kak. saya nak tanya. kalau ijazah sarjana muda sastera pengajian antarabangsa dan strategik juga benda yg sama tetapi tukar nama atau bidang lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.

      Nama penuh rasmi IR UM adalah Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Antarabangsa & Strategik). Jadi, menjawab persoalan awak, memang itulah dia IR UM.

      Delete
  4. Assalammualaikum kak...kos IR ni fully English ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yow, wasalam.

      Kelihatannya, pada tahun 2020 begitulah gamaknya awak.

      Delete
  5. Assalamualaikum, hai boleh tanya lepasan aliran sains boleh ke untuk mohon kos ini?

    ReplyDelete