Wednesday, January 6, 2016

MALAYSIA MINI CULTURAL DAY di KMU

안녕하세요!!

Memandangkan ada sebut pasal event kecik ni dalam entri sebelumnya, teringin jugak nak cerita. Haa lah, dok penat fikir nak buat apa haritu, bila dah buat mesti rasa lega dan nak bitau satu dunia yang kita dah berjaya buat. Tak gitu?

Sebagai pelajar SEP, kami telah diberi taklimat mengenai apa yang harus dilakukan di universiti SEP kami - bekerjasama dengan pihak universiti tersebut, anjurkan apa-apa acara untuk mempromosikan UM. Sebab, kami bawa nama baik Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) dan UM. Maka, kami perlu sebarkan nama baik itu. 

Kami yang diletakkan di Kookmin University rasa gelabah sikit. Sebab, koordinator kami di sini tak membantu sangat. Kami dilepaskan terkujat-kujat pilih subjek sendiri - ada pensyarah tak mahu terima kami dalam kelas atas alasan kami tiada asas untuk subjek itu dan subjek diajar sepenuhnya dalam Bahasa Korea walaupun subjek itu diletakkan dalam senarai subjek yang diajar dalam Bahasa Inggeris. Aku ni pesen bodoh bodoh pi negara orang, tak pandai pun cakap atau berbahasa rakyat tempatan. Tulah jadinya... Terpaksa melukut di tepi gantang.

Sedangkan koordinator di UM gesa kami untuk buat sesuatu. Apa-apa pun, paling koman satu event mesti jalan! Fine. Setuju sebulat suara, kami plan MALAYSIA MINI CULTURAL DAY di Kookmin University pada 23 Disember 2015 - 3 hari selepas habis exam. Fuhh. 

Rancangnya nak adakan Malaysia's foods testing, Hijab Booth dan Likes and Tagged fb of FSSS secara meluas. Tapi manusia hanya mampu merancang kan? Dengan musim sejuk yang bersuhu rendah di kaki Bukhansan, dengan kurang kerjasama dari pihak pengurusan universiti pada hari kejadian, event ini berjaya dilangsungkan dengan sokongan dari kawan-kawan sekelas.

Cekodok pisang, cucur bilis dan roti gulung in the house yo!
Betul ka oppa-s?
Juri sedang beri komen. Di sebelah guwa itu, Mr Jeongwon, coordinator di KMU ni.
Beliau adalah pensyarah.

Cantik kawan dari Khazak ni berhijab. Nama dia aku tak pandai eja.
Cantik jugak makwe ni bertudung ^^
Alhamdulillah, event ini dapat dilaksanakan jugak walaupun tidak mengikut plan asal. Terima kasih awak-awak semua yang bersama-sama menjayakan acara ini.


Pelaksana dan dua penyokong setia.



Terima kasih untuk 114 hari yang mewarnai kanvas guwa di KMU ni, gaiss.
Alhamdulillah dan tahniah untuk keputusan gempak yang boleh dilayangkan di depan pejabat dekan balik ni. Kehkeh.

kclyanasm (26 Ogos - 20 Disember 2015)
Oke.
Babai.

No comments:

Post a Comment